July 31, 2012
Odesi Sebuah Determinasi
untuk setiap saat otakku liar melayar kenangan
walau mataku kala itu rapat terpejam;
ada gerak gemalai mu lincah mengacah.
untuk setiap jam nafasku hilang sinkronisasi
sereniti tanpa dapat mendarat di atas lantai lena;
ada haruman tubuh mu merasuki.
untuk setiap malam yang waktu tidurku
tak keruan berputar tanpa paksi;
ada gelak tawamu menggelungsur ke cuping.
untuk setiap momen yang buat aku lesu
dalam bendungan jarak pemisah;
ada sebuah perasaan istimewa buat mu.
untuk setiap dan seluruh isi dunia
yang kejam menghadang pertemuan kita;
ada kekuatan rindu membentengi aku.
Tidurlah, sayang.
biar aku cari cara rangkul cinta mu curi-curi.
July 28, 2012
pesen celaka bila ingat kekasih lama.
di situ,
lohong terowong kosong
ada tertulis perkataan RINDU.
di situ, di lohong terowong kosong itu
sang arjuna masih sepi.
entah siapa di-rindu. kekasih lama, mungkin.
mungkin-lah.
di dadanya sarat dengan rindu.
sudah cuba menebarkan sucinya cinta.
sayang, tercalar dek derita.
perasaan macam tu memang macam celaka.
celaka itu masih terasa saat ini
saat dia bersila menghisap ganja kehidupan
bilamana sebentar tadi bekas kekasih menghantar pesanan;
“oi, next week gua nikah.sanding belah malam. datanglah!”
pesen celaka. sia-sia menanggung rindu.
p/s:
sebenarnya, sang arjuna belum mengalah. dibalasnya;
“fuck you”
terus tukar number phone.
p/s II:
ini pengalaman lepas gua.kahkahkah
July 27, 2012
semalam.
rasanya, macam baru semalam aku jejak tempat ni
tak puas.
ingin lagi sekali jejak keseluruh isinya
cuci semua virus-virus jahanam
yang rosakkan semangat kerja.
lohong-lohong kosong
aku akan isi dengan kekeluargaan
dengan semangat berpasukan
biar mereka sedar
betapa lama mereka bermimpi tanpa sedar.
masanya sudah sampai,
untuk kembali ke pangkuan.
tempat aku bukan untuk duduk di stage KEKEJAMAN
memusnah orang lain dengan KETAMAKAN.
Tuhan Maha Kaya, kawan.
Dia perancang paling teliti; percayalah.
July 26, 2012
Hening
Suasana senyap.
Malam sunyi.
Mulut diam.
Fikiran celaru.
Hati ranap.
Jiwa luruh.
Simpan di hati.
Makan sendiri.
Akhirnya mati.
Jiwa dan hati.
Tahniah.
Kau bunuh diri sendiri.
"I can't read your mind. I can't read your silent too. Say it to me."
July 25, 2012
Kembali Sujud
Terpejam seketika
Tanpa sedar masa bergerak
Tidak pernah menunggu walau sesaat
Tersedar dari lena
Penglihatan masih hitam, putih, hitam, kelabu,
Kabur
Denyutan di kepala semakin kuat
Kesan sebiji kapsul putih dan secawan cecair merah
Mujur masih bernyawa
Masih sempat bertaubat
Tidak tertutup lagi pintunya
Demi Tuhan
Dia tidak tahu dan tidak pasti
Apa yang ditunggu dan dinanti
Untuk kembali sujud ke bumi.
July 18, 2012
Bahasa Jiwa #41
sesuatu yang masih aku rapuh
adalah untuk melihat
setiap senyuman dari barisan gigi cantik
milik kamu di hari bahagia
aku masih rapuh.
"Selamat Pengantin Baru, Idola"
no 36 ironi
ironiknya, pada hujung cerita masih ada unsur kecewa. sebab perkataan 'i love you' tak memungkinkan untuk setiap mimpi jadi kenyataan.
July 16, 2012
July 15, 2012
Awan
Awan
Hiburkan aku dengan hujan lebatmu
Ceriakan hati matiku yang kosong
Kerana tidak terucap yang perlu diucap
Ia membunuh aku perlahan-lahan
Langit
Kembalikan semula apa yang tiada
Pasakkan hatiku kekal di sini
Kerana rasa ini tiada untuk yang lain
Hanya untuk kamu. Ya, kamu
Tak tahu
Aku tak tahu jika aku mampu
Beritahu aku.
July 13, 2012
July 11, 2012
Luah atau Telan?
Tidak diluah,
Takut mati bapanya,
Tidak di telan,
Khuatir mati emaknya.
Aku simpan rasa ini
Terbiar terkumpul di dalam mulut
Tidak diluah dan tidak ditelan
Akhirnya aku yang mati.
Selamat emaknya, selamat bapanya,
Selamat tinggal dunia.
Dakap (II)
Sungguh aku mahu dakap kamu erat-erat
Biar hilang segala duka sebab sang keparat
Biarlah hati aku saja yang dikerat-kerat
Asalkan kamu bahagia, gembira, selamat.
July 09, 2012
Menanti Bulan Kembali
Bulan tidak bercahaya
Matahari sambung berkerja
Gelap kini bercahaya
Tinggal lagi hatinya
Gelap kelam isinya
Terduduk termenung saja
Burung berterbangan ketawa
Langit semakin cerah
Awan terus bergerak
Tidak terkandung air
Tapi hatinya lembab
Dengan air matanya
Dia tetap disitu
Terduduk termenung saja
Burung sudah pulang
Langit kini jingga
Bulan siap sedia
Matahari semakin hilang
Petang semakin tua
Dia masih disitu
Menyeka air matanya
Terduduk termenung saja
Malam tiba semula
Bulan kembali menemani
Jangan pernah tinggal
Dia perlu teman
Berborak hingga siang
Seharian dia menanti
Bulan untuk kembali
Terduduk termenung saja
no 35 hollow
it feels weird to walk by my own now. because i don't know, it feels like it seems like forever i had been walking with a man beside me, i pampered myself, planting thought in my brain that this man will always walks beside me, hold my hand and just get through whatever, together, forever. now that's ironic because the word together and forever don't usually stick together, forever.
the first morning i woke up realizing nothing had changed. the sun still rises. the wind still blows. my eyes can still blink. just the sensation of something missing here, in my chest. it felt hollow. kosong.
why? because this man is still a boy.
the first morning i woke up realizing nothing had changed. the sun still rises. the wind still blows. my eyes can still blink. just the sensation of something missing here, in my chest. it felt hollow. kosong.
why? because this man is still a boy.
July 07, 2012
Celaru
Kopi rasa arang
Peluh keluar darah
Senyum rasa kelat
Ketawa bunyi tangisan
Berjalan atas angin
Lagu tinggal sunyi
Hati habis ranap
Jiwa kekal lopong
Celaka
Aku celaru
Lalu aku rasa malu dengan diri sendiri
July 06, 2012
m u h a s a b a h
seketika aku melihat ke hadapan,
tak sanggup aku meneruskan jalan
kerana takut dengan semua dugaan
seketika aku menoleh ke belakang,
terlihat dosa yang berkeliaran
yang masih belum lagi dimaafkan
tersedar aku meminjam kehidupan
nyawa ini perlu aku kembalikan
semampunya aku menunduk,
menilai diri yang diberi kesempatan
untuk menuju kepada kebenaran.
masih lagi aku meminta, berdoa kepadaNya~
July 04, 2012
Lohong Hitam
Digarisan waktu yang berlalu tanpa menunggu
Kau melihat aku dengan pandangan yang tajam
Tergantung di hujung bukit yang tinggi
Hanya berpegang sesuatu yang kukuh dipanggil janji
Kau menghulurkan tangan ingin membantu
Tidak mahu membiarkan aku jatuh lebih dalam
Ke dalam lohong hitam yang dalamnya tidak terduga
Gelap dan sunyi isinya, dalam
Dan aku menyambut tanganmu
Bersama kukuhnya janji dan adanya kamu
Aku bangkit dari tergantung menunggu jatuh
Yang tidak terbangun
Dan kita berterbangan di udara
Sambil berpegangan tangan
Hilang meninggalkan lohong hitam itu
Selamanya
Infiniti
Kau melihat aku dengan pandangan yang tajam
Tergantung di hujung bukit yang tinggi
Hanya berpegang sesuatu yang kukuh dipanggil janji
Kau menghulurkan tangan ingin membantu
Tidak mahu membiarkan aku jatuh lebih dalam
Ke dalam lohong hitam yang dalamnya tidak terduga
Gelap dan sunyi isinya, dalam
Dan aku menyambut tanganmu
Bersama kukuhnya janji dan adanya kamu
Aku bangkit dari tergantung menunggu jatuh
Yang tidak terbangun
Dan kita berterbangan di udara
Sambil berpegangan tangan
Hilang meninggalkan lohong hitam itu
Selamanya
Infiniti
July 03, 2012
Jika (II)
Jika aku pergi dulu sayang,
Redhakanlah.
Usah terus bertangis sayang,
Bersabarlah.
Jangan berhenti hidup sayang,
Teruskanlah.
Cari penggantiku sayang,
Cintailah.
Cuma untuk aku sayang,
Doakanlah.
Lelaki pun manusia.
Perempuan selalu kata seorang lelaki perlulah jadi macam ni,macam ni, dan macam ni,untuk seorang teman wanitanya.
tapi
Perempuan tahu tak mereka perlu jadi macam mana,macam mana, dan macam mana untuk seorang teman lelaki?
~ H i p o k r i t ~
Hipokrit
Semakin nyata
Semakin jelas
Memagut jiwa
Mencatas jujur
Nampak tak?
Nampak?
Itu...
Dalam aku!
July 01, 2012
*terserempak
*terserempak didalam lif*
wajah immortal
wajah kesayangan
wajah si tukang lukis
guruh,petir,hujan,ribut taufan
didalam lukisan hati
dan juga
si tukang luntur warna warna pelangi
yang si ecstasy cuba lukis dan warnakan
pada lukisan hati
sambil
mp3 aku sedang memutar lagu
"My Immortal by evanescene"
Subscribe to:
Posts (Atom)