Showing posts with label ~KS~. Show all posts
Showing posts with label ~KS~. Show all posts

July 03, 2012

~ H i p o k r i t ~


Hipokrit
Semakin nyata
Semakin jelas


Memagut jiwa
Mencatas jujur


Nampak tak?
Nampak?



Itu...
Dalam aku!


www.tips-fb.com

October 31, 2011

~ B a h a g i a ~

Aku juga ingin miliki bahagia.
Aku juga ingin miliki yang aku pingin.

Tapi bukan dengan megah memijak mahligai yang lain.
Tapi bukan dengan bangga membunuh jiwa yang lain.

Ingat itu KAMU~

www.tips-fb.com

October 11, 2011

~ S y u k u r ~

Aku bagi kamu mungkin satu KESILAPAN
Tapi kamu bagi aku adalah satu KESYUKURAN


www.tips-fb.com

October 10, 2011

~ L u k a ~

Kadang manusia
mungkin tak sedar.

Bahawa dia sedang
membalut luka sendiri
dengan tangisan manusia lain.


www.tips-fb.com

October 08, 2011

~ D i a ~


Ada sejenis manusia
Tidak punya suara
Untuk meluahkan
Hanya punya jari
Untuk melakarkan

Apa yang tersirat
Juga yang tersurat

Tapi
Masih juga kurangnya dia
Banyak lagi perlu dia
Jahit kemas dalam hati

Agar tiada nampak
Pada yang lain
Yang terhiris
Juga terluka

Agar tertutup
Punya yang lain
Agar bahagia
Juga yang lain

Semuanya untuk yang lain
Dia?


www.tips-fb.com

October 05, 2011

~ P e r e m p u a n S i a l ~

Jelik.
Barangkali itu yang mereka rasa.

Perempuan sial itu.
Diam seribu bahasa.
Menyepi dalam sepi.
Tersenyum sendiri.

Dia tak pernah kejar.
Tapi mereka yang lari.
Dia tak pernah cari.
Tapi mereka yang runsing.

Dia pula yang binggung jadinya.
Apa hendak mereka agaknya.

Pedulikanlah.
Pentingnya bukan dia punya angkara.
Ada pakatan sulit yang wujud di situ.
Mungkin juga andaiannya selama ini.
Adalah kebenaran yang tersembunyi.

Oh! Tak mengapa.
Tuhankan ada.
Untuk PEREMPUAN SIAL itu.


www.tips-fb.com

October 04, 2011

~ S e b a t i ~

Jangan pernah tundingkan jari
Jika ada yang cuba mencucuk duri
Seandainya dua jiwa itu sendiri
Tidak benar-benar sebati.


www.tips-fb.com

~ K a u ~

Lebar.
Aku senyum.
Lihat kau di sana.
Petah bermain kata.
Biar mereka yang lain.
Menjilat bangga kaki kau.

Buta.
Mereka memang buta.
Takkan pernah nampak.
Apa yang aku nampak.

Jelas pada aku.
Kau sebenar bagaimana.
Depan dan belakang.
Aku nampak ketara.

Diam.
Hanya itu aku mampu.
Kerna membising aku.
Bakal retakkan segala.
Yang mereka percaya.
Yang mereka bangga.

www.tips-fb.com