Showing posts with label Ariff Bermonolog. Show all posts
Showing posts with label Ariff Bermonolog. Show all posts

October 18, 2011

Bintang

Janganlah menangis,
kesat semua air mata,
aku disini, sentiasa di sini,
dimana-mana bintang itu,
yang kelihatan di wajahmu,
setiap kali senyuman manis terlakar,
biarkan kesedihan itu hilang,
pergi dari sisimu sayang,
Janganlah menangis lagi,
Aku ada disini, menemani dirimu,
Sentiasa menyayangi. www.tips-fb.com

October 17, 2011

Kosong

Sepuluh,
daripada sepuluh orang bersama aku,
seorang demi seorang pergi,
Sembilan,
aku terus hitung mereka yang pergi,
Lapan,
aku semakin pandai mengira,
aku tahu semua akan pergi,
Tujuh,
aku terus mengira,
tertanya-tanya selepas ini munkinkah aku,
Enam,
kali ini aku rasa sedih,
kemana mereka semua pergi, aku tertanya-tanya,
Lima,
Genap seminggu, aku kehilangan,
tujuh semuanya,
Kosong,
mereka pergi bersama-sama,
tidak tunggu aku, mungkin tidak sanggup,
melihat aku sedih, melihat semua pergi.
Aku, kosong. www.tips-fb.com

October 16, 2011

Dunia

Dunia oh dunia,
yang cantik di puji,
yang buruk dimaki, dicaci,
yang kaya di sembah,
yang miskin dibuang, tak ubah seperti sampah,
orang mencari kemewahan harta,
tapi bukan budi bahasa,
aku tertanya-tanya sampai bila,
tapi aku tahu, masanya akan tiba,
semuanya akan tamat, sekelip mata,
dunia oh dunia. www.tips-fb.com

October 12, 2011

Jiwa

Dia tidak tahu...ya, aku sayang,
Hati aku ini kosong, adakah kau mahu menumpang?,
Jiwa ini kosong, adakah kau mahu isikan?
Seperti mana bunga-bunga,
Aku juga inginkan kembang yang sama di hati aku,
Perkara paling mencabar bagi aku,
Mata aku, mata kau, bertentang,
Mulut dibuka, dan aku ucap,
" Mari kita halalkan hubungan ini. Mahu? ". www.tips-fb.com

October 10, 2011

Neraka

Kau lihat kiri, kau lihat kanan,
kau tertunduk, menutup muka,
kau lalu lorong yang gelap itu,
tanpa fikir panjang,
kau caci, kau maki,
tentukan pahala, kau berikan dosa,
tentukan ke syurga, atau ke neraka,
kau menibang tanpa neraca,
di dunia yang kau menumpang sementara,
kau tiada beza seperti mereka,
kau kosong, tiada kuasa,
kau juga akan ditimbang,
yang pasti, masa itu akan tiba,
ketika itu baru kau tahu,
ke syurga teratas, kau pergi,
atau ke neraka terdalam penuh api. www.tips-fb.com

October 09, 2011

Belum Masanya

Kau datang lembut kepada aku,
Tapi masih belum masanya,

Aku mula rasa sesuatu di dalam hati,
Tapi masih belum masanya,

Semakin hari semakin suka,
Tapi masih belum masanya,

Bertukar rasa sesama kita,
Tapi masih belum masanya,

Aku dah bersedia untuk semua,
Tapi sayang, masih belum masanya.


Maaf. Ini bukan masanya. www.tips-fb.com