Showing posts with label Lidah Akal yang berhabuk. Show all posts
Showing posts with label Lidah Akal yang berhabuk. Show all posts

October 06, 2010

Jangan jadi sampah...

cuba jangan jadi sampah
hidup digembleng
takkan mudah saja dibiar-biar untuk diludah
bangunlah sedikit
celikkan mata yang mendikit
cubalah lagak jadi bagai si rubah
segala didepan langsai diterjah
hidup mati kau berjuta kali
tak sekali cuba jadi gagah?
afdal saja untuk kau rebah,rebah dan terus rebah
gantung saja jasad kau mengadap kubah
campak saja badan kau nun jauh di tengah lembah
gadai saja bangkai kau pada arus bah

cubalah jangan jadi sampah
cubalah..
www.tips-fb.com

September 28, 2010

Pintu Berhantu.

aku
buka satu pintu,
tiada berkunci
tiada bermangga
diselak pintunya

kuintai isinya
si mata berkata
sunyi di dalamnya
sepi di dalamnya
gelap di dalamnya

apa yang ada
cuma cebisan yang tak tahu apa asalnya
bah air yang tak tahu di mana puncanya
ribuan bunga yang tak tahu kenapa luruhnya


ku kutip cebisan itu
ku cantum
hati bentuknya
"oh ini rupanya"
lalu berderai semula

ku ikut arus airnya
ku rasa setitis
masin rasanya
"oh air mata rupanya"
lalu kubiarkan ia mengalir ke muara

ku sapu pula bunganya
aku jumpa pokoknya
aku lihat
seorang gadis
menggoncang-goncangkan dahannya
"oh orang itu puncanya ya"
lalu dia berlalu
pergi begitu sahaja

dicantum
tak juga melekat
dicedok
tak pula ia kering
disapu
tak juga habisnya

hampa,
aku keluar
biarkan pintu
tak berkunci
moga ada
datang
melahukan masa
didalamnya
www.tips-fb.com

September 26, 2010

Tangis ia.

Kan kau sudah diberi mandat,
Kau jagalah dia rapat-rapat,
Kau peluklah dia erat-erat,
Kau ikatlah dia ketat-ketat,

Airmatanya janganlah dipaksa keluar,
Didalamnya janganlah kau biar calar-balar,
Kepalanya janganlah kau bagi berakar
Kasihnya janganlah kau campak ke belukar
Diakan kau punya wanita

Aku kasihan
Aku terkilan
www.tips-fb.com