Showing posts with label tulisan yang berhabuk. Show all posts
Showing posts with label tulisan yang berhabuk. Show all posts

September 23, 2010

Siapa?


siapa kau?
siapa dia?
siapa aku?

kau
kau lah puteri
kau lah bidadari
kau lah penyeri hati
kau lah lisa surihani
kau lah dewi
kau lah pembasah gusi
kau lah si paripari
kau dari tujuh langit
turun ke bumi

dia
ya dia berkereta
mungkin
ya dia berparas rupa
mungkin
ya dia lagi bijak menyusun kata
mungkin
ya dia ada akal yang tinggi
mungkin
ya dia pandai cairkan hati
perempuan

aku pula?
berbaju
tapi lusuh kainnya
berseluar
tapi koyak merata
berwajah
tapi tak indah dimata
berkenderaan
tapi tak pula berkereta
berpoket
tapi tak pula ada isinya
berakal
tapi tak sebijak mana
menyusun kata
oh tidak
aku lebih suka mencela
bukan?
berkemampuan
tapi masih juga mengemis
:)

kini
terduduk
tersentak
menekup muka
urat rambut
dicarik rapat
umbun kepala
ditepuk
ditampar
malu

bukalah dada
terimalah sahaja
ya



p/s: lumrah dunia,jika diletak basikal di sebelah perdana,takkan la ada yang bodoh nak memilih basikal :)
www.tips-fb.com

Rutin jiwa manusia.

fenomena ini sudah tidak pelik

nampak saja
yang gebu,comel,cantik molek
"mari dekat,mari rapat,mari mari sini adik"

nampak saja
yang huduh,buruk,jengkel,jelek
hah?
terus buat muka sejuta cebik

apa ini?
tersenyum sinis

tidak seimbang.
ini buat dunia semakin lucu
ya memang patut dunia kini ditertawa

tergeleng kepala
www.tips-fb.com

September 20, 2010

Bentakan!

tulisan diskrit seolah tidak tahu berhenti.
ahh hendak ikut syaitan ditepi
sumpah memang rasa keji
pengeboman dalam hati seperti peluru sesat
pintu klimaks lansung tak terlintas di balik kornea
mujurnya
halwa ini hanya mendengar bahasa matematik
tetapi hanya untuk hari ini yang sudah bernoktah
untuk esok bagaimana?
untuk lusa bagaimana?
untuk tulat bagaimana?
jiwa baru nak berevolusi
terhegeh-hegeh pula datang angan si katak
sibuk menyibuk melayang ke si puteri
eh kenapa kau tak mati-mati?

p/s: entri usang... www.tips-fb.com