January 06, 2011

secawan kepahitan .

hari itu yang sentiasa kalut

dengan tingkap yang lebarnya tidak masuk akal ,
aku berdiri bergesel dengan secawan kopi
di tangan kiriku .

aku cuma
perempuan hati runsing yang tipikal ;
yang konon menulis untuk tunjuk rasa
rindu
menunggu
dan kebal dengan jantina berlawanan

tetapi sebenarnya ,
aku perempuan berbau kafein yang
tidak dapat menerima kenyataan
hakikat
yang bekas itu sudah lama pergi meniduri hati yang lain

aku cuma ,
perlukan sedikit ruang .
untuk kembali
memberi dan menerima perasaan seperti itu lagi
dan aku cuma ,
perlukan secawan lagi kopi dan kepahitan .
pahit tetapi tetap diperlukan . www.tips-fb.com

Gua cabar lu...!

Kuat kayu kerana kerasnya,
Kuat bangsa kerana bangsanya,
Tapi lagaknya aku tiada bahasa,
Izinkan aku hambur apa aku rasa.


Hujan renyai menjadi gerimis,
Tak mampu mendamai hati terhiris,
Berikanlah aku sebilah keris,
Kuserap semangat Jebat langkah aku tragis.


Kalau perahu belatinya tak kukuh,
Bah mengganas perahu kau hancur,
Kalau ilmu di dada tak penuh,
Diri ku ini jangan kau angan nak tempur.


Ku julang tangan ke langit,
Tanda aku angkuh dengan ilmu aku,
Jangan kau jadi sialan,
Mulut kau lebat gaya langkah kau picisan,


Selagi nama aku jantan,
Aku cari kau sampai kau ketakutan... www.tips-fb.com

i n d e f i n i t e


pandai kau susun kata
menghunus pada mereka
mengelak dari kau kena

kebaya
diri kau hampirlah mulia
tapi masih ada palit buruknya
bukti ; diri bukan kau bina
sudah kau tahu lubang di depan
mengapa kau sadung kaki sengaja
pandanglah belakang seraya

jari telunjuk itu simpan baik-baik
sebelum ada yang membalas balik

kebaya
apa guna kau belajar sejarah ?
apa guna kau belajar sivik ?
untuk kau guna di hari segala
sebagai perisai menahan bala

tapi ; tidak ku nafi buaya celaka
ada saja umpan untuk kau, kebaya
pandai lah kau pilih yang mana
agar tidak sesiapa ditikam merana











hidup mana tiada cela ?

www.tips-fb.com

.::Taman permainan::.

Dunia ini ibarat taman permainan
mainlah sepuas hati
pilihlah apa yang ingin dicuba
mintalah apa yang diingini.

Kadang-kadang
taman permainan juga dilanda badai
habis jongkang jongket patah
buaian tercabut tali
papan gelungsur berlubang sana sini.

Mungkin kau katakan itu semua
kerana disalahgunakan
tapi kau tak sedar
sampai satu masa
yang elok akan belok
walau dijaga serapi mana pun.

Jadilah taman itu terbiar
kerana tiada tangan yang mahu bertanggungjawab
rumput-rumput tumbuh memanjang
menanti binatang liar datang menjerat.
www.tips-fb.com

January 05, 2011

sudah biasa

aku sudah biasa menangis seorang diri,
aku sudah biasa bercakap,bermonolog seorang diri,
aku sudah biasa ketawa riang seorang diri,
aku juga sudah biasa termenung ditingkap seorang diri,
segala-galanya aku lakukan sseorang diri tanpa kau disisi,
aku sudah terlalu biasa dengan semua itu.

Boleh kau terus hilang dari hidup aku ?


Maaf,
mungkin aku terlalu kasar.


Aku mulakannya sekali lagi ya ?




Berambus terus dari hidup aku!
Jangan berani kau nak datang lagi! www.tips-fb.com

.::Kata mereka::.

Ada yang kata kau ni 'tak lurus'
tapi aku kata kau OK je.


Ada yang kata kau tak suka perempuan
tapi aku kata kau tak suka lelaki.


Aduh,
bagaimana harus aku mentafsir kau
andai banyak mulut yang mahu berkata-kata.


Bagi aku
kau bukan insan biasa
kau lain
bukan kerana kau berbeza
tetapi kerana kau menduga hatiku.


Aku yakin
kau bukan seperti apa yang mereka katakan. www.tips-fb.com

Despite insecurities and uncertainties,

.

Umum bercakap,
"Orang menikah pun boleh bercerai."
"Orang yang bertunang pun confirm boleh putus."
"Inikan pula yang memang lansung tiada ikatan."

Nah.
Dasar lelaki,pantang dihulur pantas disambarnya.
Lansung tak toleh orang yang konon disayangi sepenuh hati.
Yang peliknya,
perempuan sekarang pun dua kali lima.
Sudah tahu sang lelaki sudah punya teman disisi,
tetap juga mahu menempelkan diri.
Tanpa peduli perasaan wanita yang satu lagi.

Bukan mahu kata,
tidak mahu menerima kenyataan terjadi.
Cuma terkilan nasib menimpa diri.
Andai katalah,
aku punya sebusuk-busuk hati,
aku mahu berdoa,kau kena satu hari nanti.
Ternanti-nanti waktu cinta matimu dibawa lari.
Terkontang-kantinglah seorang diri.
Haha.

p/s: Bosan dengan cinta manusia.
Maafkan aku,aku memang tak pandai menulis,seperti kalian.
.
www.tips-fb.com

#9: Kembalilah

Aku sudah mengerti,
Tiada guna aku menanti,
Hanya doa diiringi,
Pergi membawa diri..


Sedarku,
Kaki ini bagai dipaku,
Suara ini beku,
Tangan biru kaku,
Apa sudah jadi padaku..


Mati itu pasti,
Siapa dapat lari?
Dia tetap dikejari,
Kubur sudah digali,
Hanya tunggu talkin dibacai..


Jangan alpa sayang,
Syurga itu indah riang,
Neraka tu menyiksa cincang,
Tinggalkan sahabatmu sewenang-wenang,
Agar hidupmu tenteram aman girang.. www.tips-fb.com