September 17, 2012

Kerana Tuhan Itu Pendengar Yang Paling Setia


Dia tidak pernah terlepas pandang
Hari ini Dia masih setia
Mendengar luahan hati seorang lelaki
Walau dalam tutur katanya
Disulami dengan carutan menyiat hati
Dia tetap mendengar dengan serius
--- Paling setia

Permintaan si lelaki tidak diberitahu
Diterima atau ditolak untuk dicuba sekali lagi
Tapi Dia hanya senyum melihat lelaki
Kerana si lelaki masih ingat
Mahu mencari Dia untuk berbicara
Walau disulami dengan carutan
--- "Kenapa celaka sangat hidup aku?"

Dan yang penting,
-- Dia tidak pernah sibuk untuk mendengar luahan si lelaki. Paling setia.
www.tips-fb.com

September 14, 2012

Dyscalculia


Dan aku melihat tepat
Ke jam tangan di tangan kananku
Jarum jam kaku
Jarum minit membeku
Jarum saat sedang tenat menunggu mati
Aku lihat angka-angka di permukaan jam
---berterabur
Mata aku mula berkaca
Ketika jam aku mati dan tidak bernyawa

Di bawah pokok aku bersandar
Ditemani dedaun kering
Ditemani butiran pasir halus
Ditemani kucing liar yang jinak bermain di kaki
Aku tidak tahu bila waktu yang tepat
Kau pergi tinggalkan aku.
www.tips-fb.com

September 11, 2012

no 38 bezanya


"I macam kenal perempuan yang kat gambar dalam wallet you oh" aku cakap kat dia, ada satu pagi tu, antara hari-hari Ahad yang pernah kami spend bersama. Muka terkejut habis, dia pandang aku dan dia tanya 'gambar mana?'. "Ada, gambar you dengan perempuan rambut panjang. Terselit celah-celah kad bank dengan resit".

Dan mata masing-masing tertumpu pada wallet yang sama. Bezanya, aku tak senyum dan dia seems speechless.
www.tips-fb.com

September 10, 2012

tanpa tajuk kali ini

"i will love you forever", kata lelaki
"hati manusia tu berubah", tegas perempuan
"there's nothing lasts forever"
"no, i will make it true"
"i will make it forever" tegas lelaki pula.

perempuan yang hampir stabil
bangun dengan penuh payah
supaya nanti kelak jalan tidak tersungkur
tidak semena mena

dilihatnya payah perempuan itu
dihulur tangan
bantu bangkit bangun
pimpin supaya berjalan lebih pantas
lalu disatu titik
dilepaskannya
perempuan tersebut
jatuh, terjelepok lagi
longlai kaki
tak mampu bangun.
www.tips-fb.com

September 09, 2012

jangan kecewakan aku,perempuan.

kau mengharapkan perempuan tu tak kecewakan kau
kemain kau sampai nak bina taman  hati cinta kau untuk dia
kau harapkan macam macam
semuanya berkaitan 
"jangan kecewakan kau"
"jangan kecewakan kau"
dan 
'jangan kecewakn kau"
tapi apa yang aku tengok
kemain celaka kau kecewakan perempuan tu sekarang?

khinzir apa perangai kau ni ?

www.tips-fb.com

September 08, 2012

Constellation



If there is one nameless constellation
Can I call it by your name?
May it be in the shape of a dragon
And brightly shines like flame.


www.tips-fb.com

September 06, 2012

Pujaan Hati.

Bukan sebab memori.
Tapi sebab hati.
Bukan sebab nafsu.
Tapi memang kau yang satu.

Wahai hati, bersabarlah.
Duhai jiwa, tenanglah.

Jangan bermimpi nak capai bintang
kalau merangkak pun kau tak mampu. www.tips-fb.com

September 04, 2012

Sumpah (IV).


Kematian
kamu adalah
ketakdiran
Kuasa,

dan
adalah dosa
aku saban hari
menyalahkan-Nya,

merintih raung
sampai termati
langsung perasaan
sendiri.

Bila hari
ini ulang tahun
pemergian kamu,
aku bersimpuh gagah
tidak mahu lagi
meratap
apa- apapun.

*****

in reply after two whole years, this.
www.tips-fb.com