September 22, 2010

Sepi.


I

Pagi ini, aku terjaga
kasar, terkejut melihatkan
kamu yang hilang daripada
depanku.

II

Kekasihku sudah mengalami
kematian, tiga hari
melepasiku tetapi aku masih
bermimpi di waktu pagi bersarapan
roti mentega bersamanya,

dan di waktu malam kami bersandar
di luar kabin memerhati
bintang berbual sama bintang,
lalu kekasihku alunkan lagu dodoi
untuk tidur matahari lebih panjang,

mencuri masa di bawah bulan untuk
kami berdua.

III

Pagi ini, aku terjaga
kasar, (masih) terkejut melihatkan
kamu yang hilang daripada
depanku.

IV

Awan putih- putih di dada langit
lapang menjauhi aku sedikit
demi sedikit, seperti kamu
yang mengalami kematian, lalu
menyenggangkan diri
daripadaku,

langsung aku belajar bercinta
daripada sakit, dan
kepatahan hati.

13 Oktober 2008,
Jurnal Coklat Lusuh.



Pos- Skrip:

Pos pertama di sini, masih mentah dan (perasan) muda. Mohon sejuta tunjuk ajar, semua. Oh ya, terima kasih SSS.

www.tips-fb.com

11 comments:

esumi-lynn said...

kenapa nama ren tak ada dalam senarai pelakon utama?

saya suka kata-kata awak, cara awak sampaikan. :)

Ren Razali said...

oh? sebab saya baru saja join. Baru tadi. Bos besar tak list kan lagi nama.

Terima kasih, esumi. Saya biasa- biasa saja, ramai lagi yang lebih hebat :)

esumi-lynn said...

selamat datang. :) *padahal baru satu hari saya join*

sama sama. alaaah, kenapa semua nak cerita pasal ketidakhebatan ni? kita semua gempaq yaw! haha. *sorry, mereng sikit*

Adi Wafi said...

aku suka ini :)

saraa said...

kau beli kat mana tgn kau ?
aisk , sume tulisan mnjadi !

:p

esumi-lynn said...

tangan ke? bukan otak eyh? :p

saraa said...

lynn : eh . haaha ! tgn dan otak lah kot . :p

camar putih said...

nice nice n nice :)

selamat datang ke keluarga sss juga :)

p/s: sudah nampak kelibat wafi :D

thenocturnalzulkhairi said...

kalau spesis ini,dah tak perlu diajar,
sebab tangan itu dah nampak macam boleh mengajar

:)

Ren Razali said...

Terima kasih. Yang lain-lain lebih hebat, dan aku masih lagi ada kelemahan. Aku minta tunjuk ajar dari semua :D

MrWickedSoul said...

this remind me of you saying
"we write beautiful things when we heartbroken"