yang sentiasa ada di sisi kananku.
Bukan aku terlalu berlembut
cuma itu adalah aku
tidak suka orang terluka
kerana aku punya memori itu.
Aku bukan siapa-siapa
untuk peroleh apa-apa
walau hanya sisa yang membasi.
Aku sang kelabu
yang pudar warnanya
tiada seri katamu.
Pingin juga aku menjadi sang bulan
walau hakikatnya tidaklah cantik
tapi cahayanya menutup kekurangan.

2 comments:
kau faham. kau tahu. kau pandai menilai manusia. aku fikir bulan itu yang mahu jadi seperti kau.
:)
untunglah andai begitu..haha
tak semua yan aku faham
tak semua yang aku tahu
kita semua sama
kita semua tak sempurna
:)
Post a Comment