aku harap kita masih ukuh
terpahat erat lekat ketat di sini
sungguh aku senang bersama kamu
kamu ceria ibarat pelangi
membawa warna menghiasi hari
kamu cantik seperti bunga
mekar harum memberi wangian
indahkan dunia kita bersama?
kamu itu istimewa
istimewa dengan cara kamu sendiri
dengan cara kamu yang tidak peduli
dengan omong kosong dan bual senang
isi dunia yang kita diami
atap kita awan
lantai kita bumi
aku mahu kita semua terus berdiri
bersama erat dan serasi
seperti hari pertama kita mula
mengenali apa itu KITA
kalau esok bulan hilang tiada khabar
aku ingin kamu tahu yang
kamu sentiasa ada di hari ku
walau kamu seakan halusinasi
tapi kamu selalu di sisi
aku sayang kamu, kamu, kamu dan kamu
yang aku tahu kamu juga sayang aku
*khas untuk kamu yang dipanggil SAHABAT*
rabu
22 September 2010
11.00 p.m
6 comments:
awww. malam ni bulan penuh. jum tengok sama2. :)
jum!!! ;)
nanti ingat ya, saya (esumi-lynn), kawan alam maya yang ajak kamu lihat bulan penuh. :)
wah :)
hee~ bulan atas sana selalu temani kita.walau kita jauh.kita lihat bulan yang sama. kamu kamu kamu dan aku terasa dekat!
ini bagus!!!
Post a Comment