September 24, 2010

Selamat malam.


Alihkan; juntaian rambutmu
yang menutupi
pandangan mata kita
berdua,

kemudian, aku
akan hantarkan kamu
ke lapangan
mimpi dengan
kisah cinta agung
Madelaine,

lalu kita berdua
kesejukan, tetapi
kamu bertenanglah dalam

menyebelahiku,

(dan aku akan
berteman pada daun- daun

oak di luar jenang tingkap yang
mencelai jatuh, serta risikan

api di pengadang yang semakin
memadam. Oh ya, dan
bulan sempurna malam
ini cantik sekali.)


jangan kamu
risaukan, sebaik
cemerlangnya matahari
di ufuk barat, kita
akan bersambung

bercinta lagi.

7 Januari 2006,
Jurnal Coklat Lusuh.



Pos- Skrip:

Aku sudah jarang menulis puisi, ini cuma salah satu puisi purba daripada jurnal lama aku. Sekarang agak sibuk, kalau- kalau ada masa, aku cuba sumbangkan yang baru. Maaf ya, semua.
www.tips-fb.com

4 comments:

camar putih said...

bait2 yang indah..
diolah dengan indah..
memang indah :)

Ren Razali said...

thanks ya :)

Camellia said...

suka! ;)

MrWickedSoul said...

memang mendayu!