September 29, 2010

Cerita Kereta...

Aku pandu Kancil biasa..
Menyusur sederhana...
Tanpa prejudis hati ku ria...


Ferrari merah memotong bangga...
Laju pecut macam kuda...
Terkebil aku asap di muka...


Tiba di depan berlaku sesak...
Lampu bermata tiga mengawal asak...
Ribuan kereta mula berteriak...
Ferrari itu sama terperangkap...
Tak boleh lari dijalan berturap...
Sebarislah kau dengan aku Kancil berkurap...


Lalu pula Perdana Malaysia...
Dalamnya ada menteri kita...
Diapit polis penuh bangga...
Polis itu suruh semua beri laluan untuk dia...
Dalam sesak semua ikut terpaksa...


Kami masih terperangkap...
Ferrari dan Kancil tiada beza...


---politik memang berkuasa... yang biasa atau yang kaya tetap sama dlm negara--- www.tips-fb.com

9 comments:

mellyana sara said...

politik. ;)

Khuzz said...

Mood bengang dengan politik......

mellyana sara said...

politik tu kan game.tapi x semestinya yang hebat tu selalu menang. rilek k.

Khuzz said...

Masalahnya aku tgh bengang dgn politik yg melampau.... mell tgok lah kt entry trbru kt blog khuzz....

K C ; said...

good. dump politic in nice way HAHA

Edy G-Minor said...

kesian kancil kau.

hahahaha ~

karok said...

..........=)

Khuzz said...

Hahhahaaa..... aku nak bawak kancil gak.... bluerk!

camar putih said...

politik..
bila mana manusia dikaburi dengan pangkat,harta,kuasa..mereka senang lupa..
moga kita x tergolong dalam golongan tu