September 22, 2010

.::Rama-rama::.

Cik rama-rama
setiap kali memandangmu
hatiku cemburu.

Kadang kala
aku kagum denganmu
kecantikanmu
kecekalanmu
dan juga keunikanmu.

Tapi
kau juga punya kelemahan
kau terlalu rapuh
biarpun hakikatnya kau kuat.

Cik rama-rama
nukilanku tentangmu hanyalah kiasan
buat manusia di sekelilingmu.

Aku sendiri
sama seperti mereka
kami tetap homo sapien 
dan akan terus menjadi homo sapien.

Cuma
kau dan aku berbeza
kau akan lenyap selamanya
tapi kami?
mungkin menjadi bahan bakar
mungkin jua menjadi lampu suluh
Dia lebih tahu.
www.tips-fb.com

3 comments:

Camellia said...

rama2 chantek...tapi kalau pegang...dia mati....

saraa said...

masing2 tak sempurna .
tapi kita sama2 sdg cuba jd smpurna , biar lmbt mana pun :)

camar putih said...

mell: betul3.. :)

sara: a'ah..usaha tu yang penting.. :)