September 23, 2010

.::Hembusan Bayu::.

Ketika bayu itu menghembus
aku masih kecil
tidak mengerti akan apa-apa
kusangka bayu itu bayu normal
tanpa aku sedar
tumbangnya seorang insan dek hembusan itu.

Ketika suria itu memancarkan cahayanya
aku duduk di birai katilku
mendongak ke langit
memaksa mataku menatap mentari
cahaya seolah-olah tidak menembusi korneaku.

Ah
hati kosong
jiwa kering
akal mati.

Sesekali bayu itu datang 
mengingatkan masa kecilku
melihat drama tumbangnya insan itu
dek kerana taksubnya pada cinta.

Aku?
sendirian itu lebih mudah
kerana bagiku
andai bayu itu menghembusku
aku bisa menangkisnya sendirian
mungkin juga
tiada yang akan turut menolakku
terhumban jatuh ke dalam gaung.

Ujian tidak datang tanpa sebab.
Itulah janjiNya.
Dan setiap kesukaran punya kemudahan.
:)
www.tips-fb.com

No comments: