pernah suatu hari
kau katakan padaku
'kalau benar sayang padaku
hadiahkan aku bulan itu'
bagaimana harus aku hadiahkan kepadamu
bulan itu amat jauh dariku
bulan itu bukan di sini tempatnya
bulan itu nun jauh disana
lalu kau merajuk kepadaku
aku fikirkan cara untuk memujukmu
terlintas di benak fikiranku
bagaimana cara untuk memujukmu
lalu aku mencipta dongeng untuk menceritakan padamu
tentang bulan yang satu itu
aku katakan padamu
'bulan itu ada yang punya
sang arjuna yang meletakkannya di sana
kerana dia merasa
andai diri jauh dari kekasihnya mereka masih lagi melihat bulan yang sama'
ternyata kau mengiakannya
maafkan aku sayangku
kerna aku terpaksa menipu
4 comments:
teringat movie X-Men Origin : Wolverine. serius.
;)
pernah minta pada adik,
"berikan kakak bulan tu."
jawab adik,
"bulan jauh.adik cuma boleh beri cahaya pada kakak."
adik baru umur 11 tahun~ ;)
matangnye adik mell.
wah ~
sweet:)
Post a Comment