Rutin,
Kau buat setiap hari.
Terkadang tanpa sedar,
Itu kitaran kau.
Rutin,
Terselalu kau melaku,
Hanya terkadang kau jemu.
Rutin,
Bila tak dipaksa, senang.
Bila tak disuruh suruh, ringan.
Tapi adakala rutin jadi berat.
Rutin jadi sukar.
Rutin jadi lelah.
Bila dihenyak kepala,
Bila dibuat percaya,
Bila ditekan tekan,
Untuk melaku.
Walau memang itu kita,
Tapi rutin seharusnya dilaku santai,
Dibiar rela,
Dibiar sahaja.
17 comments:
menjengah ruin kini menjadi rutinku..bukan paksaan tapi mengikut kata hati..:)
camar : aku juga selalu ikut kata hati. :)
ren : kenapa? aku ada salah kata?
rutin paling santai - baca puisi kalian.
*sedang santai.
edy : kannn? bila aku kusut, aku cari sss. :)
kalau dulu facebook,sekarang sss..sebab di sini punya chemistry..ada magnet :)
camar : setuju. :) dan sekarang aku hanya bercerita di sini. blog sendiri, aku beri rehat. heh.
hehe..agak lah..hehe..atau mungkin letak entri yang sama :)
sss buat aku tenang semula. serius.
edy : jadikan ini rutin santai ye. jangan penung kepala. :)
camar : haha. aku perasan.
Rutin khuzz ialah mengumpat sambil isap rokok,,,, hahahaa...
khuzz : itu teramatlah santai. haha. kalau bengang pun boleh chill sekejap. kan? tapi itu tak sihat lah. lama2 nanti kau akan berhenti, aku tahu. aku yakin. :)
ya ya..aku juga yakin :) hehe..banyak yang nak diluahkan..
masuk ni dah dua hari xde nikotin masuk dlm nafas.... hahhahahaha...
satu pncapaian membanggakan...
khuzz : wah! tahniah. aku tahu tak mudah. jangan nanti kau lepak mengumpat, kau pancing kawan kau punya, sudah. elak jumpa kawan yang mudah bagi pancing ni. kau cari kawan kedekut rokok. haha.
haha..cadangan lynn bagus amat..hehe
tabik spring untuk kau khuzz :)ikhlas ni
In somewhat way... this is beautifully written. Kudos!
Ren : Seriously? I feel sooo honored. Thank you. So much. Thank you. :)
Post a Comment