Showing posts with label repek seorang esumi-lynn. Show all posts
Showing posts with label repek seorang esumi-lynn. Show all posts

June 19, 2014

si tumit tinggi

jalannya megah,
jasadnya mengah.

pasaknya giur,
permatanya gugur.

matanya manis,
diamnya menangis. www.tips-fb.com

December 12, 2012

Picu

Berkali kali picu ditarik-lepas
Menghampiri sisi telinga.

Berkali kali picu ditarik-lepas
Melalui celahan jari.

Berkali kali picu ditarik-lepas
Melolosi helaian rambut.

Berkali kali picu ditarik-lepas
Oleh pemegang pistol
Yang pelurunya
Disumbat aku sendiri.

www.tips-fb.com

May 24, 2012

terseru

yang tertinggalkan,
yang dibiarkan,
yang terabaikan,
maafkan manusia yang cuma manusia ini.

yang terlalaikan,
yang dibiar tepi,
yang disimpan sipi,
terima kasih masih sudi. www.tips-fb.com

October 09, 2011

kenapa ni?

ada yang tak kena--
seperti memeluk erat
tapi sebenarnya mendepa,
rasanya ditampar
padahal cuma diberi senyum,
macam mengunyah cili
sedangkan cuma lolipop.
ada yang tak kena. www.tips-fb.com

September 20, 2011

ah, apa sahaja lah.

dalami rasa
rasakan lagi
mendalamkan cari.
ah, tak jumpa.

tenungkan dia
fikirkan kembali
kuatkan memori.
ah, tak tahu.

tidurkan rasa
bangkitkan senyum
tandangkan mimpi.
ah, malu.

mana perkataan?
mana perbuatan?
mana perancangan?
ah, tak perlu.

apa sahaja lah
kata mereka,
ini rasa cinta.
aku tahu. www.tips-fb.com

September 05, 2011

pasirku

sekarang
aku cuma mahu ke pantai
berbaring di pasir pasir
bersih dan halus,
memerhati terik mentari
di balik kulit mata.

sekarang
aku cuma mahu ke itu
pegang benar rasa itu
faham tidak sangsi itu

di pasir pasir bersih
halus menimbus aku. www.tips-fb.com

August 11, 2011

kita manusia

bergerak selaju cahaya
menanti seperti tanah
mencengkam bak duri

walaupun apa
walaupun digimana
walaupun dicuma-cuma

kita manusia. www.tips-fb.com

May 30, 2011

mual

mati sebelum masa
hilang semasa ada
berkubur ketika bernyawa. www.tips-fb.com

April 25, 2011

masih diam

ada yang sedang memulih.

sedari engkau belum berpaut
kepada sepenuhnya berkaut
sehingga kau separuhnya terjerut
aku berdiam berdiri
menyimpan rasa.

sekarang kau sedang memulih
semakin nampak terpaut
untuk sekali lagi,
dan aku masih berdiam
tapi kini bersembunyi
namun masih menyimpan rasa.

kuburkan lah, wahai aku.
mungkin selama mana pun,
rasa pada dia
cuma untuk disimpan
dalam sini.

aku juga AKAN memulih. :)

*sekuel untuk aku.cinta.diam. yang pernah aku taipkan dulu* www.tips-fb.com

March 25, 2011

buta rupanya

aku yang tak bertimbangrasa
yang menghalau
yang menjeling
yang menidaksenyum
ini lebih baik

dari kamu kamu
yang purapura prihatin
yang konon bersuka
yang cuma mahu nampak baik,

tapi sebenarnya
kamu kamu itu
tak punya hati
tak reti untuk ada
tak pandai membesi.

segalanya dusta.
membesi membuta
sampai kamu sudah tak lagi
punya hati.

kasihan sama kamu,
manusia buta. www.tips-fb.com

February 13, 2011

death; unexpected!

death, death, death!
speaking of death when we are not ready,
and of these seven steps I have took,
how many out there is being taken by Him?
and how many of those, are ready?

death; unexpected!
unless you are sentenced.
unless you are on your deathbed.
unless you are a 120-year-old.
then, you are aware
of your next destination.

death; unexpected!
a newly-born baby
barely lives for a day
died in a box in a pile of junk
died out of cold
died when he could not even have the chance ; to smile.

death; unexpected!
a tennis player
winning his first cup
died out of excitement,
died out of heart-attack,
died before he could even take hold of THE cup.

death; unexpected!
a housewife --
life evolves around family mostly,
died in front of an ATM machine
died holding the cut, caused by a stab,
died in front of strangers, before her family could get to her.

death; unexpected!
an imam
went to the mosque like the routine he had,
died in his sujd
died when he was submitting himself,
died unknowingly; he was literally, really SUBMITTING himself.

death; unexpected!
death; unexpected!
death; unexpected!

death; unexpected!
a 20-year-old female
who stands here
speaking of death,
the unexpectedness of death,
who knows? who knows?
He does! Allahuakbar!
*fell and died*


---> untuk aku pentaskan selasa malam. www.tips-fb.com

February 03, 2011

berdegil hidup

perlakukan aku semahumu;
ludahkan jasad aku,
tujahkan akal aku,
bakarkan hati aku,
tetap aku hidup
kerana aku masih mahu kamu.

matikan aku,
namun rasa ini berdegil hidup.

jika kau membakar,
abunya akan berterbang.
jika kau menjerut,
gantungnya aku membekas.
jika kau menikam,
senyumku akan kau ingat.

sungguh
belum masanya mati. www.tips-fb.com

January 22, 2011

alam

angin,
damaikan aku.

ribut,
sabarkan aku.

hujan,
tenangkan aku.

alam,
kau paling tahu aku,
kau paling aku perlu.

.



dan api,
tolonglah henti curi senyum aku. www.tips-fb.com

January 08, 2011

tiada bersempat

berkelabu rasa,
berkelana dusta,
berkumam cuka,
tapi mewajah raksasa.




. www.tips-fb.com

December 14, 2010

bermaterial tulang

sampai bila bila pun
kau tak akan nampak --

tulang aku
yang sewajibnya lebih keras dari konkrit
yang seharusnya menggagah bangun

kian lohong dimakan anai-anai,
makin rompong inci belulang.

kau tidak nampak,
yang cuma kau tahu
"ibu,nak duit!"

nah, anakku.
ambilkan semua
sekali dengan isi-isi tulang aku.

angkutkan semua, sekarang.
supaya nanti, jenazah aku kau angkat,
ringan. www.tips-fb.com

December 03, 2010

percepatlah.

kalau memimpin
untuk ke bilik melaparkebulur,
jangan.

kalau mendakap
untuk mematah tulang,
jangan.

kalau mencumbu
untuk memutus lidah,
jangan.

memang lebih terasa.
tapi aku tak mahu mati perlahan.

tikam.
dan habiskan. www.tips-fb.com

December 01, 2010

misi tidak berjaya

kamu bersenyum
di kala awan berkelabu,
tak semena meyakin aku;
untuk terima kuntum kamu.

kamu merentak tari
memanggil aku berhentak kaki
di balik senyum tadi,
aku turutkan, lagi.

kamu lahirkan pelangi
dari kelabu awan yang menyepi,
terukir garis melengkung di bibir aku;
aku senyum.

kamu mula bariskan kata tiga,
sekali lagi,
aku sehampirnya mencair
lalu tersentak aku tersedar.

berhentilah.
aku seperti sudah bau
ini semua tipu palsu dusta kamu.

yang sebenar,
kamu cuma mahu jual aku.


*sedikit improvisation dari pemerhatian* www.tips-fb.com

November 26, 2010

penipuan

mahu disimpankan dalam kotak,
ditutup rapat,
dikedap sendat.

terlalu rapuh untuk dibiar bersahaja,
harap tidak dijumpa,
tidak diteroka lagi.

tolong biar kotak itu diam di situ.
jangan disentuh, lagi. www.tips-fb.com

November 21, 2010

rasa

hush! diam.
depangkan telinga,
luaskan.

hush! diam.
sekatkan nafas,
perlahankan.

hush! diam.
kapitkan mata,
rapatkan.

rasa.

fitrah sedang bisik pada aku
dengan gemalai sayup suaranya,
"Tuhan ada. kukuhkan. ADA."




*untuk aku dan siapa siapa yang terkadang berkenapa pada Tuhan* www.tips-fb.com

November 04, 2010

bermain kata

malam tadi,
kubaca puisi cinta
yang kutulis
buat kamu,
kerana kamu.

malam tadi,
kausebutkan isihati
yang kaubariskan
spontan, tanpa henti
untuk aku,
cuma aku.

malam tadi,
kita senyum,
kita berkerut,
kita lihat masa hadapan
yang bakal terjadi
dari masa silam ; yang mana aku, kau temui.





:) www.tips-fb.com