perlakukan aku semahumu;
ludahkan jasad aku,
tujahkan akal aku,
bakarkan hati aku,
tetap aku hidup
kerana aku masih mahu kamu.
matikan aku,
namun rasa ini berdegil hidup.
jika kau membakar,
abunya akan berterbang.
jika kau menjerut,
gantungnya aku membekas.
jika kau menikam,
senyumku akan kau ingat.
sungguh
belum masanya mati.
8 comments:
nah...
kutaburkan debumu ke angin lalu
ketawalah sepuasmu
teruskan mundarmandirmu itu
jangankan sampai terganggu subuhmu
paling benci kau !
berkasih-sayang la pulak diorang nih. HAHAHAHAA.
nice one lynn.
amir farid : terima kasih. :D
edy : siapa yang berkasih sayang? and thank you.
ps : aku rindu semua orang. mana hilang? T_T
engkau dan si farid laa. hahaha.
semua tgh serbu rumah tauke kot? nak mintak ang pow la tu.
eh, aku pulak yg kena. lain mcm ni D. hahhaa. ;p
ko ni degil a.
aku suka tulisan ni!
aku suka yang ni!
-na'dz
Post a Comment