February 11, 2011

Pantun Maulud


Telah datang awan kepada bumi,
Menggumpal menjadi mega dunia.
Telah datang bulan kepada kami,
Rabiulawal menjadi mula kurnia.

Maka terhingarlah seluruh dunia,
Dengan kesuburan terbawa hujan.
Maka bersinarlah seluruh buana,
Dengan kelahiran Rasul akhir zaman.

Mula terjamin cemerlangnya tanah,
Tertumbuhlah alam hijau dan lebat.
Dia Al-Amin pemegangnya amanah,
Pembijaksana penjuru Hajarul Aswad.

Terjadilah fitrah bercintalah lebah,
Menjadi gemilang madunya terserlah.
Terjadilah hijrah berangkatlah ummah
Menjadi lambang benarnya hidayah.

Bersambunglah gusar menguji zaman,
Seri terpudar bukan tandingan.
Bertarunglah Badar menguji iman,
Seribu malaikat bukan dongengan.

Berdendam bumi dipukul dimati
Mencipta akhirat ke jalan insani.
Berkalam nabi ummati ummati,
Mencipta cinta ke dada kami.
www.tips-fb.com

3 comments:

Siti Zafira said...

Alhamdulillah dan MashaAllah.

BTW, tengok tajuk je dah tahu siapa pengarangnya. Huhu..

In short, beyond words. Terlalu indah but still, pengajarannya terserlah.

Syukran.

Edy G-Minor said...

tiba-tiba macam nak ikut perarakan maulidur rasul nnti. Jom!

shazleeshahazeman said...

Zafira:Afwan.Doakan aku!

Edy:Sepanduk ko dah siap belum?