February 24, 2011

Aku Hanya

kabur.
semua warna kabur.
kelam.
semua cahaya kelam.
bahkan keindahan agung dunia turut terlihat kabur dan kelam.
apakah mataku sudah dibutakan dengan kebencian?
apakah mindaku sudah diracuni dengan kedengkian?
atau memang manusia sengaja melakarkan segala kehamburan dan kebobrokan duniawi?

tatkala alam semesta terasa kosong di tengah hingar-bingar bintang,

jiwa kerdil kemanusiaan akhirnya mati,
dibunuh jiwa buas kebinatangan.

aku hanya pelakar kehidupan,

yang berusaha mengindahkan kanvas imaginasiku.




*ini tulisan lama, masih di bangku sekolah lagi ketika itu ;)
www.tips-fb.com

4 comments:

Anonymous said...

wowww, masih dibangku sekolah pun dah best. :)

.cik faz.

shazleeshahazeman said...

tu a pasal.sekolah ko a samad said pengetua ke ape?

haha.

Siti Zafira said...

haha.

apa-apapun puisi ini mantap. errr, kau nerd tak masa zaman sekolah dulu? hik hik. ^^

Edy G-Minor said...

cik faz : eh mane ade. biasa je ni.

shaz : guru besar aku kuat sukan. tak reti seni -__-"

siti zafira : tak. aku tak nerd. tapi aku kawan ngn sape2 je. even budak nerd ;)