Di kakimu ada lilin dari syurga
buat kami menumpang cahaya,
berlindung dari gelap
yang pekat.
Dari mulutmu gugur ayat-ayat kasih
bahasa cinta puisi sayang,
dengan itu kau redupkan hati
dan menenangkan kami.
Dengan tangan gemalaimu kau belai
rambut-rambut anak kecilmu ini,
segenap rasa kau tumpahkan
buat bayi yang kelak jadi pahlawanmu.
Tanpa kau,
tiadalah aku layak bernafas.
Kerana itu,
Ibuku,
kuhadiahkan mu;
cinta nombor satuku.

1 comment:
aku suka yang ni.
ianya berbunyi..how shall i say..
ikhlas.
Post a Comment