February 11, 2011

Dari Syurga Ke Dunia Dan Ke Syurga Semula

Tuhan ciptakan cinta untuk Adam,
ketika langit syurga,
tidak lagi menghidupkan,
seri di hati Adam.

Pertama kali Adam melihat Cinta,
matahari memberi senyum,
hangat memeluk dua roh,
yang memandang dan dipandang.

Cinta dihadirkan sebagai senjata,
untuk bertarung dengan sunyi.

Dan Cinta itu hingga kini,
diturunkan dari satu jiwa,
ke jiwa yang lainnya,
dalam satu kitaran infiniti;
sampai saat manusia kembali ke FirdausNya.
www.tips-fb.com

5 comments:

mellyana sara said...

aduh! syahdunya edy. aku suka yang ni!

Cik Faz said...

bestnye..

Edy G-Minor said...

terima kasih kalian ;)

Siti Zafira said...

suka bila banyak puisi kerohanian dipersembahkan di SSS. :)

tahniah edy. teruskan. semoga kita semua beroleh pengetahuan dan ilmu yang mampu menghidupkan jiwa. amin..

Siti Zafira said...

suka bila banyak puisi kerohanian dipersembahkan di SSS. :)

tahniah edy. teruskan. semoga kita semua beroleh pengetahuan dan ilmu yang mampu menghidupkan jiwa. amin..