jerit maki sahaja itu itu
biar mulut terdiam kini
mulut yang bising berkata itu ini
baru kau sedar kini
bukan kau yang dipandang tinggi
cuma kekayaan yang kau miliki
yang pasti bukannya yang hakiki
mengapa berdiri tegak membangga diri
kalau budi bahasa sekadar ditapak kaki
tiada guna belajar tinggi-tinggi
kalau sekadar hidup meninggi diri
jadi lah engkau manusia yang berbudi bahasa
tidak perlu duit banyak dan kaya raya
cukup sekadar kau lemparkan senyuman manis sahaja
dan aku berjanji hidup kau akan bahagia
1 comment:
kau mau buatkan aku bahagia?
dengan apa?
senyummu?
katakatamu?
janjimu?
biarkan aku bersama labuku
selama kubiarkan kau
dengan labumu
Post a Comment