February 10, 2011

PEREKA CERITA

BUAT apalah kau melangut dan tercenung sampaikan begitu sekali. Kau ingat apa? Kau fikir kalau kaupecahkan otak milikmu sehinga bersepai-sepai kerana memikirkan itu maka segala yang sedang merusuhkan hati dan mindamu itu akan usaikah? Apalah kau ini. Tidak sudahnya kau ini membuat perkara yang bodoh dan lagi bahlol itu.

Tersentak aku jadinya mendengar sergah itu. Aku yang memang sejak tadi sendirian tercenung sendirian di kamar itu segera mengalihkan pandang. Di hadapan pandangan kulihat tersergam berdiri sesosok jasad hitam dan legam sedang tersengih-sengih.

Ya, dan itu antara jiwa-jiwa manusia zaman KITA.
www.tips-fb.com

2 comments:

Zafira said...

hoho.. aku dah takut je tadi masa baca. aku teringat hantu. :p

Ermizi Muhamad said...

=)