Un Nyun
aku cintakan kau
namun cinta kita terhalang
aku adalah tuan muda
kau hanyalah hamba
aku akan ubah dunia ni
ciptakan dunia yang tiada perbezaan darjat
tapi kau pergi meninggalkan aku
Un Nyun
mana kau
10 tahun aku mencari kau
hanya lukisan wajah kau ini yang dapatku ratap
pernah nampak wanita ini?
soalan itu sentiasa di bibirku
siang dan malam
Un Nyun
akhirnya aku jumpa kau
kejelitaan kau sama seperti dulu
tapi kenapa
kenapa kau bersama Tae Ha?
aku perlu menangkap lelaki itu
tapi dia suamimu
dan kau begitu bahagia
Un Nyun
aku rindukan kau
maaf kerana terpaksa menyakitkan hatimu
maaf kerana membuatkan kau risau
maaf kerana merampas kebahagiaanmu
aku akan membantu suamimu
kerana aku mahu kau bahagia
Un Nyun
pergilah
hiduplah dengan bahagia
barulah aku akan mendapat kebahagiaan
bantulah suamimu mengubah dunia yang kotor ini
jangan biarkan lelaki seperti aku wujud lagi
selamat tinggal Un Nyun
*karya abang aku,hanya tolong post kan,hehe :)
3 comments:
kenapa tak ajak abang join sss sekali? :)
tokey,nnti sy ajak dia :)
how nak join korang?
Post a Comment