khabarkan pada aku.
jika wujudnya satu daerah paling tidak siuman
yang aku bisa menulis apa sahaja
tentang baik, tentang buruk
tentang sayang, tentang benci
tentang mimpi, tentang realiti
tentang rahsia paling tidak mampu dikongsi
tentang perempuan yang aku jatuh hati
dan aku tidak terbeban kembali
walau satu patah pun darinya.
khabarkan pada aku teman!
aku mahu kesana.
kerana aku sudah mula membenci
tulisan sendiri.
-sadis
2 comments:
hey sahabat, bukan inikah daerah yang cari cari?
yang bisa kau kongsikan semua tanpa rasa akan terbinasa?
aku merasakan itu, di sini. :)
jom.
Post a Comment