September 23, 2010

Melodi Bangsat



Musik indah bergema lagi,
tari lembut gadis serani menambah seri

sama macam semalam...
aku masih memerhati.

sejuta gerak sudah disusun
tapi aku masih takut.....
takut pada orang.
takut pada mati.
takut pada tuhan.

Hari ini,
dia sendiri datang.
senyum indah membawa memori riang
manis
sangat manis.
sahabat ditepi mula senyum sinis

"Apa kau tunggu lagi kawan, dia mahu. Tapi kau??"

Aku mahu!!!
aku mengorak langkah
si jaguh kecil mula berkepak
musik indah seakan bersorak

gadis serani senyum
aku juga senyum
pertarungan bermula
menongkah arus bersama

"Lekit cinta menjadi saksi dosa"  

jari jemari : KAROK

www.tips-fb.com

3 comments:

esumi-lynn said...

"lekit cinta menjadi saksi dosa"

suka. ini berani. :)

Mellyana Sara said...

seperti faham. ;)

karok said...

mell yg twisted mind 2 kau post xabes da......=(