September 27, 2010

Pelengkap

Aku sekerasnya dia,
Dia selembutnya aku.

Terkerasnya dia,
Keraslah aku juga.

Selembutnya dia,
Gemalai lah aku.

Terkadang lembutnya aku tak bisa mencair kerasnya dia,
Terkadang kerasnya dia yang melembutkan aku.

Adakala kerasnya aku dibalas lembut;
Disusun kata penuh tertib,
Dibicara penuh sopan,
Dibukakan mata aku penuh perlahan.

Manusia yang mereka kata kurang perasaan itu,
Dialah yang ajarkan aku merasa,
Dia tahu apa perlu perlu nya,
Bila perlu perlu nya.

Kita beza tapi sama,
Kita sama tapi melengkapi.





. www.tips-fb.com

20 comments:

Edy G-Minor said...

selalu harap ada yang melengkapiku. selalu.

esumi-lynn said...

pasti ada. kau tunggu. dia datang bila kau tak mencari. :)

Edy G-Minor said...

mungkin. barangkali. siapa tahu. kan ?

;)

camar putih said...

ya..kita tak tahu :)

esumi-lynn said...
This comment has been removed by the author.
esumi-lynn said...

kalau dicari, dia tak muncul. sebab dia suka main cak cak. haha.

Edy G-Minor said...

barangkali di belakang pintu, atau dicelah lubang2 bawah tanah. siapa tahu kan ?

hahaha.

esumi-lynn said...

haha. kau tunggu je dia CAKKK kau. haha.

Edy G-Minor said...

hahaha. main CAKKCAKK.
teringat zaman muda remaja. uiceh.

esumi-lynn said...

ahahaha. bila bercinta, selalu rasa muda. :p

Edy G-Minor said...

ni yg buat aku rasa nak ngorat somebody ni. haisyh. apa pun, tahniah untuk kau yg merasa indah asmara. aku tak tau bila lagi. ewah.

camar putih said...

wah edy..teruskan usaha kau

esumi-lynn said...

edy : tunggu. jangan cari. haha. nanti dia bagi surprise kat kau. :) and thank you. aku harap yang ini kekal. doakan lah. heee.

camar : betul tu. tingkatkan sabar. haha.

Edy G-Minor said...

hahaha. sejak 3 hari lalu ni aku cuba tawan hati sorang gadis tau. aku dah confess segala. tapi.... errrr... hahaha. ah, biarkan la.

camar putih said...

at least ada usaha..hehe

tapi kenapa??*nak juga tanya

esumi-lynn said...

haha. kalau ada, adalah. doa pada Tuhan temukan kau dengan yang terbaik untuk kau. :)

Edy G-Minor said...

ahahaha.
biarlah rahsia.

*klise. hahahaha.

camar putih said...

eleh..ok..aku hanya mampu ketawa sambil mendoakan kau..

Edy G-Minor said...

terima kasih.

:)

camar putih said...

sama-sama :)