September 27, 2010

Masa Depan

Hari semakin berlalu
pergi dengan laju
tanpa toleh kebelakang melihatku

Rakan-rakan selesa berjalan kehadapan
aku masih berlari di belakang keseorangan
mencuba untuk berjalan selesa dihadapan

Masih perkara ini bermain difikiran
antara muzik atau lukisan
yang mana satu jadi masa depan

Aku masih ingin melukis
tetapi lemah membuat walau satu garis
kerana aku lebih gemar menjadi gitaris

Apa mungkin semuanya masih kabur
namun aku tidak akan berundur
kerana aku tidak mahu menjadi mundur

Bonda sentiasa disisi
berada dibelakang kakanda menemani
berhadapan dengan ayahanda meluahkan isi hati

Aku masih ingin berada dilandasan ini
landasan seni yang aku minati
tetapi masih kurang pasti lukisan atau muzik yang aku mahiri

www.tips-fb.com

8 comments:

karok said...

walaupn kau suka musik, kau msih boleh melukis lagi.... teruskn melukis kwn.. satu hari nanti kau xkn dapat lukis macam dulu lg... mase 2 mungkin kau akan menyesal,... jgn lupa simpan artwork kau baik2.. jgn smpai rosak. nanti kau menyesal mcm aku...=)

Ariff Masrom said...

terima kasih atas nasihat anda.itu akan dijadikan satu batu loncatan utk terus buat lukisan.terima kasih.

Mellyana Sara said...

lakukan yang pertama.kemudian baru yang kedua. ;)

karok said...

hey snang2 bole la kte 2kar artwork kte. hehehehe. ak xde kaki kt cni la nk men lukis2..

Anonymous said...

aku suka melukis walau lukisanku hodoh..kerana aku rasa itu satu kepuasan..:)

karok said...

hahaha.. aku pelukis kapitalis. aku menyesal sekarang.=(

Anonymous said...

biarkan saja masa lalu..menyesal perlu tapi jadikan itu sebagai pembakar semangat :)

Ariff Masrom said...

bertukar artwork boleh saja.tapi lukisanku cuma rekaan bangunan saja..blaja seni bina bukan seni lukis.haha.