September 19, 2010

Noktah.

Kalau saja boleh kiranya rasa itu ditanggalkan dari hati,
Dilipat sekemas-kemasnya, 
Dimasukkan ke dalam kotak, 
Disembunyi jauh-jauh, 
Terperusuk di tempat yang tidak akan aku pandang walau sesaat.

Muka itu aku cari-cari.
Tidak pernah berhenti.
Bila sudah ketemu aku menyumpah sendiri.
Kenapa hati selalu mungkir pada janji?


Realistik itu perlu.
Kerana esok belum tentu ada aku.
Dalam hati kamu.

- izas
www.tips-fb.com

4 comments:

Mellyana Sara said...

yang ingin dilontar tu bayangan atau kenangan? ;)

Zo Ahmad said...

tiba-tiba jadi tersangat-sangat faham :)

Anonymous said...

Camellia:
kenangan yang selalu dipandang.

Zulkhairi:
=)

Mellyana Sara said...

;) kenangan memoir indah yang tak kan diulang tayang.