September 22, 2010

Istana kau, bukan untuk aku

Kenapa ye?
Kenapa mesti datang kau?
Aku dah lama selesa di rumah yang tak seberapa ni.
Walau tak mewah, tapi boleh hidup.
Aku dah sayang sangat dengan rumah ni.
Walau selalu atap bocor,
Walau selalu tangga goyah,
Walau kadang-kadang pintu retak,
Aku sayang rumah ini.
Banyak sangat kenangan.
Walau baru beberapa bulan aku menetap,
Aku rasa macam aku akan kekal di rumah ini.
Tapi tiba-tiba kau datang.
Janjikan istana mahligai.
Aku tahu kau tak tipu.
Aku tahu kau boleh bagi.
Tapi aku takut tak boleh terima keadaan baru.
Istana tak akan ada masalah macam rumah aku ni.
Istana kau akan bagi masalah lain.
Aku dah pakar tangani masalah rumah aku.
Walau bocor di lain tempat,
Cara baiki hampir sama.
Walau tangga goyahnya berbeza,
Aku kukuhkan dengan kaedah aku.
Bila pintu menampakkan retak,
Aku nekad buang pintu tu, ganti pintu lain.
Tapi, aku memang dah hampir mengenali seluruh rumah ni.
Takut aku nak terima istana kau.
Penuh adat, walau nampak bahagia.
Penuh tidak, walau nampak banyak.
Atau mungkin memang bahagia?
Memang banyak?
Aku tak pasti.
Aku baru berdiri di pintu istana kau.
Aku tahu, kalau aku masuk, aku tak boleh pulang ke rumah aku.
Walau ia akan tetap di situ.
Tapi semacam penipuan,
kalau memang kau boleh bagi aku istana.
Istana yang bahagia,
istana yang banyak bolehnya.
Macam ada yang tak kena.
Takkan sesempurna itu kau dapatkan untuk aku?
Aku teringin sangat masuk istana kau.
Tapi boleh ke aku sayang istana kau macam aku sayang rumah aku?
Atap bocor, tangga goyah, pintu retak.
Semua aku akan rindu.
Aku rasa, biarlah aku terus menetap di sini.
Kalau kau benar nak bagi aku istana,
Tunggulah rumah ni makan aku.
Tunggu ia roboh atas aku.
Tapi aku semacam yakin rumah ni takkan makan aku.
Biar ia tak sempurna,
Biar aku kadang-kadang luka,
Tapi ia setia.
Aku sayang rumah aku.






ps : kalau aku nak tinjau istana kau sekali sekala, harap masih boleh. :p www.tips-fb.com

5 comments:

thenocturnalzulkhairi said...

rumahku syurgaku kan :)

camar putih said...

kadang2 keserdehanaan itu lebih membawa kebahagiaan buat kita :)

esumi-lynn said...

tnz : itulah. yang cabuk jugak yang kita rasa syurga.

camar : sangat setuju. :D

thenocturnalzulkhairi said...

buruk tapi selesa
jauh lagi sempurna dari
cantik tapi rimas
:)

esumi-lynn said...

betul betul betul. :)