September 28, 2010

.::Hidup::.

Kalau dulu
aku fikir
semua perkara mudah saja
mahu itu aku dapat
tunjuk saja guna jari
pasti tangan akan dipenuhi.


Kalau dulu
aku rasa
hidup itu mudah
tak banyak rumitnya.


Bila dewasa
aku sedar
tak semua perkara mudah
kalau hendakkan sesuatu
harus ada usaha
kalau mahu tangan dipenuhi
jari harus dikorbankan.


Hidup memang mudah
bagi yang tak mahu melangkah
hidup memang mudah
bagi yang tak mahu beranjak
hidup memang mudah
bagi yang hanya tahu menongkat dagu. www.tips-fb.com

No comments: