tapi mungkin pada zahir sahaja
namun ternyata kita berbeza
Hadirnya engkau dengan gembira
melompat keriangan ketawa nya
sedia menerima segala kerja
Aku hadir dengan terpaksa
demi harapan ibu bapa
melihat anaknya berjaya
Hidup mu kini sudah berbeza
dikelilingi pensel dan kertas sahaja
apa engkau sudah puas berpesta bersuka ria?
Aku masih begini
hidup berpesta setiap hari
tetapi bukan dengan kertas tetapi gitar disisi
Jika kau di kelilingi kertas lukisan
Aku dikeliling nota-nota muzik yang aku tuliskan
ternyata kita berbeza bukan?
Aku mahu lihat selama mana kau gembira
atau mungkin mainan muka dan hipokrit sahaja
dan mungkin engkau seperti aku juga...
1 comment:
teruskan berjuang. ;)
Post a Comment