aku ini bukan gadis jiwa
bukan gadis yang tahu mencurah
apa aku rasa apa aku mahu
yang aku tahu
mengiakan saja apa mahumu
turuti segala kehendakmu
dengan harapan kamu sedar
yang aku benar menyayangimu
namun aku silap
kamu laki-laki yang mahu dibelai
dengan kata manja penuh rasa
mahu dibelai dengan madah sayang
pengusik jiwa
maaf sayang
aku bukan gadis itu
aku bukan seperti itu
andai kamu mampu fahami aku
semoga kamu mengerti
aku tidak mahu di hujung waktu
saatnya kamu mula menyedari
rasa sesal mula menjentik hati
maafkan aku sayang
terima aku apa adanya aku
|
No comments:
Post a Comment