September 28, 2010

Pintu Berhantu.

aku
buka satu pintu,
tiada berkunci
tiada bermangga
diselak pintunya

kuintai isinya
si mata berkata
sunyi di dalamnya
sepi di dalamnya
gelap di dalamnya

apa yang ada
cuma cebisan yang tak tahu apa asalnya
bah air yang tak tahu di mana puncanya
ribuan bunga yang tak tahu kenapa luruhnya


ku kutip cebisan itu
ku cantum
hati bentuknya
"oh ini rupanya"
lalu berderai semula

ku ikut arus airnya
ku rasa setitis
masin rasanya
"oh air mata rupanya"
lalu kubiarkan ia mengalir ke muara

ku sapu pula bunganya
aku jumpa pokoknya
aku lihat
seorang gadis
menggoncang-goncangkan dahannya
"oh orang itu puncanya ya"
lalu dia berlalu
pergi begitu sahaja

dicantum
tak juga melekat
dicedok
tak pula ia kering
disapu
tak juga habisnya

hampa,
aku keluar
biarkan pintu
tak berkunci
moga ada
datang
melahukan masa
didalamnya
www.tips-fb.com

6 comments:

karok said...

kau... hebat!!!!!
suka cara kau susun.

Anonymous said...

sebijik kena batang hidung aku...

Anonymous said...

awesome tnz :)
kenapa kau macam menghilang ni :)
mana kau mana kau :)

Zo Ahmad said...

cume menulis dri ape yg penah rase je :)

p/s: hoho akan mhilangkan diri buat smtre waktu,final dah dekat oi!!!..hoho

Anonymous said...

hehe..all the best tnz :)

pembuang sampah said...

nice one. :)