Episod Satu
Saya rasa
Perasaan ini
Semacam perlu dipupuk kembali
Bukan hilang
Bukan tiada.
Ada, tapi terkambus.
Hm. Dulu sini taman bunga
Kini dah tertimbus dek pasir
Bunga masih ada
Rasa masih ada
Cuma angin yang diperlukan
Tak perlu puting beliung
Tak perlu tornado
Hanya angin.
Angin, datanglah kau sebelum aku lupakan taman ini.
Episod Dua
Entahlah
Semacam terlalu awal
Tapi, bila difikir
Bila ya yang bukan awal?
Entahlah
Macam tak senang duduk
Senyum sana
Sengih sendiri
Tak reti nak buat apa.
Entahlah.
Macam tak logik.
Dah lama dimiliki
Tapi sekejap itu ia beralih.
Entahlah.
Bahagia tak terkata
Lupa semua sengketa
Tiada rasa lain belenggu jiwa.
Hm. Entahlah. :)
Episod Tiga - Kata2 seorang Aku
Jangan kau risau
Tidak akan aku tinggalkan dia
Selagi aku tak pasti
Kau benar-benar sayang
Kau benar-benar cinta akan aku
Yang mampu buat aku jadi sayang,
Yang mampu buat aku jadi cinta sama kau.
Kerana aku memang begitu,
Hanya akan menyintai orang yang menyintai aku.
Aku bukan penjudi bila bab cinta.
Aku takut kalah.
Aku takut risiko.
Tidak akan aku tinggal dia,
Selagi kau tak mengaku cinta.
Tidak aku tinggalkan dia,
Selagi kau tak pasti ada.
Hanya ada kau ATAU dia.
Tidak akan aku pilih,
Kau DAN dia.
Semua keputusan bukan pada aku,
Tapi pada kau.
Selagi kau tak pasti,
Selagi tu, aku di sini.
* edited : selalu orang bercerita tentang ditinggalkan. pernah tak masuk kasut mereka yang terpaksa membuat pilihan?
3 comments:
seperti faham. ;)
terima kasih mell. :)
;) kaseh diterima.hee!
Post a Comment