Apa sahaja helahmu
malam ini, sayang?
Adakah
kamu sekadar
menyusup
di celah- celah
kerusuhan jiwa dan
memerhatikannya runtuh, atau
sekadar meriba cemburu
sambil menghembus
asap ke langit
gelap yang
menggalaukan hati?
Oh.
(Mereka kata cemburu itu permainan wanita).
Jangan lupakan;
aku juga, berkongsi
rasa yang sama.
30 September 2007,
Jurnal Coklat Lusuh.

No comments:
Post a Comment