Showing posts with label camar. Show all posts
Showing posts with label camar. Show all posts

February 03, 2014

.::Dendam::.

Inikah dendam
bila semua yang ingin kulihat
adalah deritamu.

Inikah dendam
bila semua yang ingin kudengar
adalah tangisanmu.

Inikah dendam
bila semua yang ingin kuucapkan
adalah it serves you right!

Karma.
www.tips-fb.com

March 05, 2013

.::Cemuhan::.

Jangan kerana cemuhan kita
Dia tutup pintu pertolonganNya
Dia tarik setiap nikmat yang diberiNya.

Lebih baik berdiam
berdoa
usaha apa yang mampu.

Zip mulutmu dari mencemuh
ikat jemarinya dari mencemuh.

p/s: Keep praying for them, for us, for everyone. www.tips-fb.com

February 24, 2013

.::Buat Kamu::.

Dari lirik senyummu
sudah kutahu hatimu jujur
dari bait tuturmu
sudah kupercaya
engkaulah di hatiku.

Buat kamu
bicaraku mungkin mengundang dukamu
lirikan mataku mungkin membunuh jiwamu
namun
inginku nukilkan padamu
betapa kau teristimewa.

Buat kamu
bukan janji yang kupinta
bukan manis katamu yang kudambakan
cukuplah kau di sini
menemaniku di saat hujan mulai rintik
sehinggalah nyawa bercerai tubuh.

InsyaAllah :')
www.tips-fb.com

.::Terima Kasih::.


Terima kasih
sahabat setia hujung nyawa
:)
<3 www.tips-fb.com

December 13, 2012

.::Rindu Yang Tak Pudar::.

Sudah tiga tahun,
kau tak pernah jemu datang dalam mimpiku,
dan aku tidak jemu memandangmu.

Setiap kali itu,
pasti berjurai air mataku,
menahan kau dari pergi dari mimpi itu.

Puas aku persoalkan takdir ini,
hingga tenggelam aku dalam dunia ciptaanku.

Namun,
kehadiranmu saban mimpiku
buat aku tersedar,
dunia hanya sementara,
tiada apa yang harus dibanggakan,
dipertikaikan.

Takdir tak pernah kejam,
cuma kita yang kejam menilai takdir.

Walau kau tiada di sisi,
aku tahu kau ada di hati ini.

Semoga kau tenang di sana.

:') //Ibu, engkaulah ratu hatiku. www.tips-fb.com

November 20, 2012

.::Kau Yang Bernama Teman::.

Kau cipta gua
dan kau hidup di dalamnya.

Bahagiakah hidup kau?
Hanya memandang dinding sepi,
bertemankan cahaya malap,
dan diiringi muzik sentimental.

Aku penat hanya dengan melihat,
aku runsing hanya dengan memikirkanmu,
hatiku gundah,
ke mana dirimu yang sebenar menghilang.

Kau tahu?
Saban hari mereka bertanya,
gunung apa yang sedang kau pikul,
laut mana yang sedang kau kaut,
seolah tiada yang mahu menghulurkan tangan.

Kau punya teman,
bukan satu bukan dua.

Ah, mungkin dalam gua terlalu gelap,
pandangan kau terhalang.
www.tips-fb.com

November 07, 2012

.::Pergi!::.

Lemparkan saja semua dukamu
padaku..

Andai itu bisa buat kau bahagia
andai itu bisa buat kau tertawa.

Aku hanya serpihan kaca
yang mampu melukakamu.

Aku hanya seutas tali
yang mampu menjerut lehermu.

Dan
aku hanya manusia kerdil
yang mempu merobek jantungmu.

Nasihatku satu
pergi dari 'sini'. www.tips-fb.com

October 13, 2012

.::Tanyalah hati::.

Ada ketikanya
bila akal sukar membuat keputusan
tanyalah hati.

Lapangkan dadamu
pejamkan matamu
letakkan tangan kananmu di kiri dadamu.

Apa kau rasa?

Andai debar yang kau rasa
andai degupan jantungmu makin kencang
tandanya hatimu ingin menyatakan
"Inilah yang aku mahu."

Hati sukar menipu
walau akal sering menipu hati.

Titik. www.tips-fb.com

June 16, 2012

.::Puas Hati Kau?::.

Kau salahkan polisi,
atau kau salahkan orang yang mahu menyakitimu?

Puas hati kau?
sudahnya dicaci dicerca,
walau populariti yang kau peroleh.

Puas hati kau?
akhbar-akhbar bercerita tentangmu,
walau hakikatnya aku tahu,
akhbar hanya menokok-tambah.

Puas hati kau?

Semoga kau cepat sihat. www.tips-fb.com

June 12, 2012

.::Negatif::.

Apa kau tahu tentang negatif?
Sekadar simbol tolak
atau perangai jijik yang kau anggap negatif?

Semalam kau katakan kaulah pelindung,
tetapi hari ini
kau tikam aku,
kau robek hati aku,
kau bakar seluruh jiwa aku.

Sekarang,
kau masih mengharap
mengharap positif masih wujud dalam diriku.

Kau silap,
aura negatifku padamu takkan pudar.

(+) + (-) jawapannya tetap (-)! www.tips-fb.com

June 09, 2012

.::Harapan (ii)::.

Mataku disorot,
disepetkan.

Aku nampak cahaya di hujung jalan itu,
seolah-olah ia mendekatiku,
seperti ingin membaham aku seperti harimau
yang kelaparan.

"Lari, lari, lari!"

"Tidak, usah kau gentar!"

"Kau mahu mati terbakar?"

"Kau yakin itu api?"

"..."

"Mungkin itu cahaya yang kau perlukan. Sampai bila mahu larikan diri?"

"Aku takut. Takut aku akan kecundang lagi."

"Buang takut itu, kau pasti tak kecundang lagi."

"Bagaimana kalau aku kecundang lagi?"

"Teruskan berjalan. Mungkin di hadapan sana ada yang menanti."

..Allah tak berikan semua yang kita mahu, tetapi Dia akan beri segalanya yang kita perlu..
www.tips-fb.com

June 06, 2012

.::Harapan (i)::.

Harapan, tak pernah menjauh
bahkan kabur.

Usah kau bilang Tuhan itu kejam,
barangkali kau lupa,
siapa yang menderhaka,
siapa yang diderhaka.

Usah kau soal,
kenapa matamu buta melihat harapan,
matamu yang buta,
atau
hatimu yang buta?

"..sesiapa yang berbuat keburukan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sesekali berlaku zalim kepada hambaNya.." (Fussilat: 46)

Kejamnya aku untuk terus hidup di dalam kegelapan,
andai Tuhan beri aku cahaya.
www.tips-fb.com

February 13, 2012

.::Hati Ini Hati Ini dan Hati Ini::.

Tatkala bait-bait ternukil di sini
hati ini masih belum melabuhkan kapalnya
karam?
usah ditanya
kerana jawapannya pasti "pernah".

Namun
ada kental
yang menagih diri untuk setia di sini
walau ada yang berkata
"hati kau terlalu rapuh".

Segalanya ada di sini
di hati ini
walau pernah remuk dilanda badai
walau pernah berkecai dilanggar tsunami
ia tetap teguh
malah semakin liat untuk diracik.

Buat si pemilik hati
jagalah dia
peliharalah dia
kerna pemilik sebenar hati ini
bakal mengambilnya buat selama-lamanya.

:) life must go on, no matter how hard your life bite you. <3
www.tips-fb.com

April 29, 2011

.::Gerimis Hati::.

Awan hati menakung beban
hingga suatu saat
gerimis beban melanda hati.

Siapa yang bersalah?

Aku?

Kau?

Ah, siapa-siapa saja.

Kalau awan hati sudah mendung
sinar mentari pun tak mampu keringkan.

Alahai hati. www.tips-fb.com

April 22, 2011

.::Bila::.

Bila mulut mula berbicara
pasti ada yang terkesima.

Bila hati mula berdetik
pasti ada yang terpaku.

Bila mata mula memerhati
pasti ada yang terpesona.

Bicara tak selalunya indah
kata hati tak semestinya benar
lirikan mata tak selamanya kekal.

Indah tuturmu
jujur hatimu
redup pandanganmu.

:)
www.tips-fb.com

April 19, 2011

.::Manusia::.

Penat menggugah diri ini
tulang-temulang seakan dipijak-pijak
urat saraf bagaikan dicabut-cabut.

Masihkah punya kudrat wahai diri?
Atau hanya menanti hari
membiarkan diri terlonglai di balik pintu.

Embun tak pernah lelah
membasahi dedaunan di pagi hari.

Rintik tak pernah jemu
menabur bakti kepada bumi.

Habis?
Mengapa diri ini manusia berakal
mahu berundur
tatkala keringat masih diperlukan. www.tips-fb.com

March 31, 2011

.::Mahu::.

Kalau itu mahumu
akan kuturuti
asal itu baik untukmu
baik untukku.


Aku tak mahu tahu
apa rasa tanpa dirimu :) www.tips-fb.com

March 29, 2011

.::Kau dah hatiku::.

Bicara tentang hati
sampai bila takkan berhenti.


Setia kau menanti
walau dirimu dilibas belati.


Kalau itu yang terbaik
kau lemparkanlah senyuman termanismu
akan kuterima sepenuh hatiku.


Ampun dah lama tak update xD
www.tips-fb.com

January 22, 2011

.::Betullah::.

Betullah
orang kata jangan sayang terlebih
kerna takut nanti terbenci.

Betullah
tahi ayam itu panas
sebab itu ada pepatah
'hangat-hangat tahi ayam'.

Betullah
genius tak semestinya bijak
kerna teori tak seperti praktikal.

Betullah
manusia suka melatah
tapi tak suka dilatah.

Penat berfikir
kuasa mindamu membunuh aku. www.tips-fb.com

January 07, 2011

.::Sang pungguk::.

Aku bukan bodoh
untuk mentafsir dirimu
setiap langkahmu
bagaikan menabur bukti di jalanan.


Mataku bukan mata biasa
yang tak bisa menangkap gerak bibirmu
telingaku bukan sebarang telinga
ia mampu mendengar kata hatimu.


Sedarlah kau wahai si pungguk
bertenggek sahaja tiada hasilnya
buat apa ada revolusi andai tiada solusi
bangun
tebarkan sayapmu
terbanglah tinggi nun di atas
kalau benar kau mahu mengejar sang bulan. www.tips-fb.com