Aku bukan bodoh
untuk mentafsir dirimu
setiap langkahmu
bagaikan menabur bukti di jalanan.
Mataku bukan mata biasa
yang tak bisa menangkap gerak bibirmu
telingaku bukan sebarang telinga
ia mampu mendengar kata hatimu.
Sedarlah kau wahai si pungguk
bertenggek sahaja tiada hasilnya
buat apa ada revolusi andai tiada solusi
bangun
tebarkan sayapmu
terbanglah tinggi nun di atas
kalau benar kau mahu mengejar sang bulan.
5 comments:
pergh.
mandiri a pungguk tuh!
haha.
haha.. :)
pungguk millenium baru beb.
huhuhuhuu..
mahu jadi bulan yang sering diintai pungguk~ meski pungguk kini sudah terbang menghilang sepi.
edy: kau ke pungguk tu??haha
mell: mengkin tersesat ke planet zadora :D
Post a Comment