sayang, aku perasan sesuatu,
hari ini aku bahagia dengan kehadiran orang ketiga,
aku perasan kau juga begitu,
hari ini kau juga bahagia dengan kehadiran orang ketiga.
bahagia bermain-main dengan orang ketiga,
bahagia ambil gambar dengan orang ketiga,
bahagia memegang orang ketiga.
bukan begitu sayang?
ini buku baru kita selepas perpisahan,
dengan tambahan nama orang ketiga.
ini buku baru kita selepas pergaduhan,
dengan tambahan gambar orang ketiga.
aku gembira pagi ini sayang,
aku gembira kita bergelak tawa bersama,
tak lupa juga pada orang ketiga,
yang kita sentuh-sentuh dan hadap depan mata.
terima kasih Tuhan kerana beri aku peluang,
untuk merasa secebis kebahagiaan,
terima kasih Tuhan kerana beri aku masa,
untuk merasa tuahnya bahagia buat kali kedua.
sangat menghargai pagi ini. Alhamdulillah.
2 comments:
baby :)
suke :D
Post a Comment