January 24, 2011

Keberadaan (i)

Melankolia ini, 
berbunyi asing,
tanpa simfoni, 
suara sepi.

Lalu aku; 
yang mahu bising,
diam, 
dataran mati,
mengemis dan meminta;
perkabulan sebuah doa.

Bulan ini, 
menghiba sayu,
tanpa bintang, 
memagar keliling.

Lalu aku; 
yang ingin menari,
kaku,
dikekang gelap,
menangis dan meratap;
kehilangan sebuah cahaya.
www.tips-fb.com

7 comments:

Zafira said...

Wuahhh..... (Kagum dan hanya berkata dalam hati)

Sebuah lagi puisi yang penuh diam dalam kekuatan.

Suka sangat... Tahniah juga.

Terlena.

Edy said...

Oh, terima kasih pujiannya.

;)

ANDIKA. said...

pinggirkan tangisan.
jatuhkan ratapan itu.
mungkin.
kirana menyusul di tapak tgn mu. :)
*perkabulan sebuah doa.

Edy said...

terima kasih singgah, andika.

Mellyana Sara said...

pengharapan pekabulan sebuah doa. :)

Edy said...

mell, kita hamba.

;)

shazleeshahazeman said...

meratap kehilangan sebuah cahaya..


giler ah!moga dapat balik!amin!