January 04, 2011

Sedia!

Dunia,
aku sudah sedia.

Bentangkan cabaranmu,
aku siap untuk menangis dan ketawa.

Darah yang kau rasakan muda
sebenarnya perlahan-lahan menjadi dewasa.

Bukan beluncas menjadi rerama
tapi aku masih mampu terbang juga!

Percayalah dunia,
aku berkobar dan semangatku membakar.

Aku kini memecut
bukan lagi menghinjut.

Dunia,
aku,sesungguhnya
sudah sedia.


www.tips-fb.com

3 comments:

gReeN iS pEAce said...
This comment has been removed by the author.
camar putih said...

bersedia untuk menjadi 20.. :)

Edy G-Minor said...

ohoo, dunia. awas la kau. shaz datang ;)