January 20, 2011

Apa Rasa Cinta?

CINTA, indah yang mempesona. Punya rasa cinta dalam diri, ibarat berjalan atas air, melayang atas awan. Kau tahu bila cinta itu menyusup ke dalam salur darah? Perasaan cinta yang hadir itu sangat kecil, sangat mikro, sangat abstrak. Perlahan-lahan ia melekat ke dinding jiwa. Lalu kau akan khayal. Kau akan melihat dunia ibarat satu hamparan dari taman-taman nirwana yang menebarkan wangian syurga. Sebegitu rapatnya cinta dengan fitrah manusia. Sehinggakan Tuhan, dengan cintaNya, memberikan sedikit rasa cinta itu untuk kita cicipi di dunia, bukan hanya di Jannah cuma.

CINTA, cantik yang memaku. Rasa cinta bisa menjangkar begitu dalam. Malahan lebih dalam dari ukuran piawaian dunia. Cinta itu menjangkau kosmik yang terjauh. Cinta itu menembus dimensi yang terasing. Cinta itu sendiri, bahkan tidak punya definisi malar. Teori-teori cinta yang dikembangkan manusia, tidak lebih dari perasaan yang berhipotesis dari perjalanan peribadi masing-masing. Angka-angka cinta mencecah lebih tinggi dari mana-mana perkiraan matematik atau analisis-analisis logika. Cinta adalah nyawa tanpa jasad yang menghidupkan dan mematikan. Kerana cinta, Tuhan menciptakan manusia untuk saling menumpahkan cinta terhadap sesama.

CINTA, aduhai cinta. Setiap rasa-rasa indah, visual-visual cantik, suara-suara pesona, desir-desir rindu, lagu-lagu asmara - adalah cinta.
www.tips-fb.com

3 comments:

fazika puspa said...

jom bercinta!! :P

Edy said...

meh ! hahahaa.

ANDIKA. said...

hebat !
kau menggabungkan pelbagai instrumen bahasa :)