January 06, 2011

.::Taman permainan::.

Dunia ini ibarat taman permainan
mainlah sepuas hati
pilihlah apa yang ingin dicuba
mintalah apa yang diingini.

Kadang-kadang
taman permainan juga dilanda badai
habis jongkang jongket patah
buaian tercabut tali
papan gelungsur berlubang sana sini.

Mungkin kau katakan itu semua
kerana disalahgunakan
tapi kau tak sedar
sampai satu masa
yang elok akan belok
walau dijaga serapi mana pun.

Jadilah taman itu terbiar
kerana tiada tangan yang mahu bertanggungjawab
rumput-rumput tumbuh memanjang
menanti binatang liar datang menjerat.
www.tips-fb.com

2 comments:

Edy G-Minor said...

kalau hidup ini taman, maka kitalah tukang kebunnya? whoa~

camar said...

jadi tukang kebun berjaya. :)