sampai sudah
aku masih tidak faham apa itu cinta
aku masih tidak ngerti apa seerti pada cinta.
dalam kamus puas ditelaah
ensiklopedia khatam sudah diselongkar
maksud sebenar cinta
masih juga tak aku jumpa
Cinta pada yang esa?
sudah sempurnakah aku punya cinta?
pernahkah cukup benar sujudku yang lima?
tangan yang menadah itu cukupkah sifatnya?
pahala yang dikumpul sudah pastikah syurganya?
sedangkan dosa yang ditabung sudah boleh diguna untuk ke neraka?
bagaimana mahu mencinta
dengan cara yang benar?
Cinta pada ibu dan bapa?
yakinkah cinta itu mereka rasa?
mereka cakap "tidak"
itulah yang aku kata "iya"
berabad usia,
berapa kali sudah derhaka?
berapa kali meninggi suara?
berapa kali asyik melawan kata?
oh terlupa,
berapa banyak pula aku punya jasa untuk mereka?
ya nampak seperti tidak terkira,
kerana ianya seperti tiada.
bagaimana aku mahu mencinta mereka
dengan cara yang benar?
Cinta pada rakan dunia?
ramai pasti yang terpinga,
golongan ini perlukah dicinta?
kau kata mereka memang kau sayang kau cinta?
bagaimana?
kalau cinta kenapa masih ada
yang menikam masa rakan tidak sadar?
berkata dusta,carut,nista itu nampak seperti biasa
tanpa difikir apa yang orang rasa.
mengumpat,mengeji,mengata
ahh itu semua tak perlu dikata.
sebab itu semua memang ada.
kalau begitu,
bagaimana aku mahu mencinta mereka
dengan cara yang sebenar?
Cinta pada kekasih sehati sejiwa?
untuk ini punya cerita,
aku membisu mulut,memekak telinga,memejam mata.
kerana aku masih hina untuk mencinta si hawa
kisah yang dibina semuanya hanya untuk duka lara
senyum meleret cuma seketika cuma.
semua kerana
cinta pertama yang masih utama.
untuk melupa,tidak tercukup dihitung masa.
bagaimana aku mahu mencinta si hawa
dengan cara yang sebenar?
Cinta pada diri empunya?
ini memang aku mahu bertanya
bagaimana?bagaimana?dan bagaimana?
semuanya sudah dijalar,
dari selatan ke utara,
ketemu sudahkah identiti sebenar?
atau masih lagi beronar-onar?
sudahkah aku sudah bersedia
berdiri di kaki sendiri menjunjung dunia?
bagaimana aku mahu mencinta diri
dengan cara yang sebenar?
sampai bila otak ini akan terus berpinar
untuk mencari maksud cinta yang sebenar
untuk mengerti setiap abjad dari C.I.N.T dan A
adakah cukup aku punya masa?
adakah perlu ditunggu sehingga tua?
adakah sampai bumi terbelah dua?
atau bulan jatuh ke riba?
adakah perlu sebegitu lama
untuk mengerti apa itu cinta?
apa itu cinta ya..
p/s:aku gode barang lama je ni.gua pelajar sepenuh masa sekarang,susah mau menulis :D
3 comments:
sweet :D suke!!
comel! :)
ada juga cinta selain cinta pertama yang memang susah nak lupa. entah ada pengganti macam dia entah tidak. *sigh*
terBAIK (=
Post a Comment