January 01, 2011

Gemilang Malam Tahun Baru...

Sinar gemilangnya kini berlalu,
Kenangan dan perih pergi dibawa sang bayu,
Tinggalkan saujana yang dulu kelabu,
Menjulang azam di silau mentari baru.


Sebelum kita mmengorak ke hari itu,
Mari kita olah apa yang berlaku :


Malam itu,
Neon terang menyimbah cerianya malam,
Seolah turut merai hadirnya alam yang baru,
Bersama turut menerangi pesta meriah.


Lagak pengaksi menunggang kuda berlejang,
Gaya megah persis panglima garang,
Aksi sampah dikatakan bintang,
Tak sedar ke kau tu binatang?


Di satu ruang,
Ada pula pengemudi binatang berasap-asap,
Macam syaitan dalam jiwa dah resap.


Bertarung demi maruah gah,
Mahu tunjuk siapa lagi jantan gagah,
Garis penamat meninggalkan yang kalah,
Maka sang menang terus sah.


Menginjak ke detik alaf baru,
Berdua merpati sejoli,
Melingkar menghirau meriahnya malam,


Si dara baring berserah,
Si teruna terus mengasah keris yang basah
Keluh kesah tiada arah,
Sama lega melampias serakah.


Berapa purnama nanti,
Akhbar tempatan sibuk berita 'buang bayi'....


---Salam Tahun Baru 2011--- www.tips-fb.com

2 comments:

Zafira said...

2 words: "Sad" and "Superb".

Sedih pada aksi anak-anak muda masa kini 'meraikan kemenangan demokrasi sosial' mereka kononnya.

Superb pada peringatan yang dilakar dalam bentuk sajak. Tulusnya karangan ini benar-benar menyentuh jiwa. Terima kasih atas 'teguran'.

Semoga kita dan anak-anak bangsa kita dijauhkan daripada perkara yang ditegah agama. Amin..

shazleeshahazeman said...

tepat bro.teruskan!