January 18, 2011

Kalut Seorang Belot

Seorang belot
mengkalut.

Memilih berenang sampai hujung laut;
dan terbang sampai hujung angkasa!

Dan dia yang belot mencari-cari
di mana bumi yang nanti tidak dicari.

Lagi dia yang belot mengejar-ngejar
di mana tanah yang nanti tidak dikejar.

Akhirnya dia berhenti,kalut.
Tak jumpa,lalu melalut.




Eh?
Kan dulu pernah datang cahaya;
dan jalanmu dulu pernah cerah?
Oh Tuhan selamatkanlah.
www.tips-fb.com

4 comments:

Fiq Vertigo said...

smoga kau dapat kembali cahaya yang hilang. dia main sorok2 tu..hehe

Edy G-Minor said...

Oh Tuhan, selamatkanlah.

itu doaku sehari-harian.

shazleeshahazeman said...

fiq:haha.insyaAllah.salam kenap fiq.

edijimainor:amin ya rabb.

shazleeshahazeman said...

*salam kenal