January 09, 2011

L a s a t


Bunga ; datang tanpa dipaksa
kau yang rasa bukan sengaja
walau ia hilang sekelip cahaya

jangan kau cari mana berada
jangan kau soal janji yang kala

cuma percaya menjadi mata
pasti di dalam adanya terasa
tak kisah besar mana tiba reba
tak kisah bertepuk sebelah saja
kalau padu pendam di dada
tak kan kau kesah laju masa


Bunga yang pergi dek sengaja
akan kembali tanpa dipinta












perasaan yang sempurna~

www.tips-fb.com

4 comments:

esumi-lynn said...

encik amir farid, nak minta explanation; kenapa tak guna apa apa tanda baca,kecuali semicolon di baris pertama..?

Edy said...

great piece from amir. as always.

lynn, apa pun alasan dia, i'm sure dia jaga artistic value of his own poem. ye dak?

kau sexy mir. fullstop!

Anonymous said...

lynn : errmm. tidak lah saya tahu. mungkin sebab kecantikkan. nampak kemas sikit. heee~ :p maaflah kalau menyalahi hukum tatabahasa. ;)


edy : lebih-lebih je kau. aku belajar lagi. banyak pun daripada kau. thanks sebab ajak aku dulu. kalau tak, takde'y aku rajin menulis ni. thanks ! :)

esumi-lynn said...

amir, weyh jangan nak mengada mintak maaf bagai. kalau ada sebab, takpe. lagipun kau punya harta, kau lagi tahu. :) sebab tu aku tanya. sebab aku mahu tahu jugak. aku bukan tahu sangat tatabahasa ni weyh. serius.

edy, aku tahu dia jaga. dan tak pernah aku kata piece dia tak baik. aku cuma mahu tahu. :(

tahu lah aku ni tak sexy macam edy and amir, jangan lah buat saya begini. :(