kau yang punya nama, dengar sini.
terkadang mahu minta dibuang segala perasaan,
terkadang mahu mohon minta dimatikan,
tapi semuanya takdir Tuhan.
kalau Tuhan tak mempertemukan,
maka tiada pertemuan,
kalau Tuhan tak mengizinkan,
maka tiada lagi perasaan.
dan Tuhan beri aku hati,
yang penuh cinta,
mana mungkin aku menolak pemberian-Nya,
apatah lagi menidakkan perasaan sendiri.
tidak boleh tidak untuk perhati kau dari jauh,
tidak boleh tidak untuk mengimbas kenangan,
yang tidak boleh dipadam dari ingatan,
seperti memadam memori telefon tangan.
semoga kau selamat sentiasa, dan bahagia dengan jalan yang kau pilih. aku tetap akan tunggu kau pulang.
senyum, tak perlu kata apa-apa. :P
3 comments:
takkan mungkin lupa.
selagi itu kau yg punya nama :)
yep. tak mungkin lupa. 24 jam bersama yesterday - the beatles. hihi.
andai itu takdir-NYA
kita tidak boleh kata tidak
untuk semua itu
semua sudah tertulis
-na'dz
Post a Comment