Showing posts with label kau. Show all posts
Showing posts with label kau. Show all posts

January 16, 2011

menjelang pagi.

malam ini
sebelum aku lelapkan mata
aku harap
bila aku bangun pagi esok
perkara pertama
yang ingin kulihat
adalah kamu.
www.tips-fb.com

bangun dan tersenyum.

kelakar apabila aku dalam kegilaan,
kau seperti memahami lalu membawaku keluar dari kegilaan.


kelakar apabila aku sedang murung,
kau datang dengan si matahari menceriakan aku.


kelakar apabila tidur aku ditemani ngeri,
kau halau dan gantikan dengan mimpi di taman bunga.


oleh itu,
perlu kau tertanya-tanya lagi
tentang perasaan yang hampir kupersetankan ini? www.tips-fb.com

January 15, 2011

yang punya nama.



kau yang punya nama, dengar sini.
terkadang mahu minta dibuang segala perasaan,
terkadang mahu mohon minta dimatikan,
tapi semuanya takdir Tuhan.


kalau Tuhan tak mempertemukan,
maka tiada pertemuan,
kalau Tuhan tak mengizinkan,
maka tiada lagi perasaan.


dan Tuhan beri aku hati,
yang penuh cinta,
mana mungkin aku menolak pemberian-Nya,
apatah lagi menidakkan perasaan sendiri.


tidak boleh tidak untuk perhati kau dari jauh,
tidak boleh tidak untuk mengimbas kenangan,
yang tidak boleh dipadam dari ingatan,
seperti memadam memori telefon tangan.

semoga kau selamat sentiasa, dan bahagia dengan jalan yang kau pilih. aku tetap akan tunggu kau pulang. 

senyum, tak perlu kata apa-apa. :P
www.tips-fb.com

January 13, 2011

kau.

sejuk kau macam sejuk musim salju.
tapi aku suka dengan salji yang kau hadiahkan.


panas kau macam musim panas.
tapi aku suka terik matahari yang kau bawa.


air mata kau macam sungai nil,
tapi aku suka bila kau pinjam bahuku untuk menangis.


ketawa kau macam kanak-kanak diberi gula,
aku pun turut tersenyum melihat keletah kau dari jauh.


pendek kata, apa pun yang lakukan, sejengkel manapun kau di mata orang lain, bagi aku kau sangat istimewa.

mengarut untuk discussion physics di cafe. 
semoga kata-kata aku tiada siapa tahu kecuali Dia.
www.tips-fb.com